Permainan tutup atau tudung oren

Saya teringat permainan masa saya time sekolah rendah dulu, iaitu permainan tutup oren. Best permainan ni, boleh main 2 atau lebih orang. Saja saya google image tutup oren, banyak blog/web site menulis pasal permainan ni. Senang je game ni, apa yang perlu adalah 5 biji tutup botol oren macam ni

Pastu untuk mulakan permainan, pemain yang mula dulu mesti susun lima biji tudung oren tu secara tegak dan geseknya dengan kedua jari ibu kanan dan kiri sampai kelima-lima tudung tu berpusing dan berterabur dengan formasi masing masing di atas lantai (tak boleh main benda ni di tempat yang tak rata).

Kalau yang sempurna ‘gesekan’ nya, kelima lima tudung tu akan di dalam kedudukan yang terpisah di antara satu dengan yang lain. Nanti saya cerita kalau tudung oren tu melekat di antara satu sama lain, macam mana threatment dia.

Lepas tu, pemain yang mula tu akan ambil satu di antara lima tudung oren tu. Jadi tinggal empat. Pemain lawan akan tunjuk dua tudung oren “yang ni tembak yang ni” (lebih kurang ayat dia). Jadi pemain mula akan jentik tudung oren yang dipilih ke satu lagi tudung oren yang dipilih. Kalau kena, teruskan dengan dua lagi, kalau tak kena pihak lawan pula main.

Kalau tudung ketiga dan keempat selesai, pemain akan akan lambung semua tudung oren dan cuba letakkan (tangkap dan imbangkan) di belakang tapak tangan (tapak tangan menghadap ke bawah), kemudian lambung lagi dan tangkap dengan telapak tangan (cekup) semua tudung oren tu kalau dapat.

Markah dikira macam ni, kalau 5 tudung tu selamat dua lambungan tu markah penuh 10 (atau 100, lupa saya), kalau 2 tudung je selamat kedua-dua lambungan tu maka markah 4 (atau 40). Kalau 2 ni selamat yang lambungan pertama tapi yang kedua lambungan, hanya 1 saja yang kena cekup, maka pemain akan mati pusingan tu, maka pemain lagi satu pula yang jalan. Kena berapa yang lambungan pertama, lambungan kedua kena cekup kena cekup semua pada lambungan pertama, baru boleh diambil markah. Lepas tu pusingan jentik dan lambung tu berjalan sampai pemain mati pusingan dia.

Kita boleh tengok video youtube ni kalau nak tau lebih detail (kredit pada pembuat video ni)

https://youtu.be/D3rOOzYPHe8

Advertisements

Hikmah bateri kereta lemah

Semalam petang, masa aku balik kerja, aku singgah la kedai mamak pekena kopi o, tiba-tiba masa aku nak balik start start kereta, tak boleh start. Start je bunyi alarm. Tanda bateri lemah. Nasib la kedai mamak tu dekat dengan rumah aku, aku telefon bini aku suruh dia ambil aku guna kereta lagi satu. Dalam kepala, malam nanti baru aku cari jumper dan caj bateri. Lagi pun aku takde jumper, kena la cari atau beli.

20120517-044709.jpg

Malamnya aku cuba telefon anak kawan isteri yang mekanik di kedai tayar Tuaran tu minta pinjam jumper, dia takde pulak, terpaksa la beli. Jadi aku cari la, di Giant Putera Jaya takde, terpaksa keluar taman, ikut jalan belakang ikut jalan Sepanggar pergi satu kedai Melewar Trding pun takde. Akhirnya di Giant Taman Indah Permai ada jual, Alhamdulillah.

Tapi mungkin Allah berkehendak supaya aku jalan-jalan cari jumper kot. Sebab dalam perjalanan ada empat lima kereta aku jumpa kereta rosak dan eksiden tepi jalan, padahal dekat je tu perjalanan. Ada yang eksiden masuk parit, satu kereta kancil putih baik punya parking sebelah dalam parit. Ini membuatkan aku mengucapkan syukur kerana Allah yang Maha Al-Hakim (penuh hikmah dalam semua yang dicipta dan dalam semua kelakuanNya) nampakkan aku bahawa ada yang lagi teruk rosak kereta daripada aku dan menyebabkan aku bersyukur kepada Allah. Dan sempatlah juga aku mendoakan pemilik-pemilik kereta-kereta yang aku jumpa tu supaya Allah permudahkan mereka.

20120517-050033.jpg

Nak pendekkan cerita, sampai sekarang wira aku, yang auto tu aku belum bawa balik sebab aku dah try caj tapi start boleh, cuma bila jalan buka lampu tak boleh. Mungkin bateri dah kong kot. Lagi pun dah dua tahun lebih dah bateri tu. Petang ni Insyaallah cari bateri baru la tukar.