Cara untuk menggunakan fokus kamera iphone untuk fokus benda-benda kecil

Asalamualaikum,
Hari ni saya nak kongsi sikit tip menggunakan kamera iphone. Saya guna iphone 4 tahun 2010 dengan ios 7.
Kadang-kadang amat sukar untuk menggunakan fokus kamera iphone terutamanya untuk benda-benda halus seperti kabel, bunga kecil dan sebagainya.

Saya ambil contoh, gambar di bawah ini..

20140413-160812.jpg

Kalau nak fokus terus kadang-ka dang susah, silap-silap yang difokus adalah ruang di belakang (rumput). Seperti di bawah…

20140413-160836.jpg

Cara yang mudah adalah menggunakan AE/AF (exposure and focus lock) pada kamera iphone. Langkah-langkah adalah seperti di bawah :-
1. Buka camera app iphone, sekiranya pada lock screen, sentuh icon kamera di bawah sekali sebelah kanan dan tarik saja ke atas skrin tersebut. Kalau di home screen, sentuh saja icon kamera di home screen.

2. Ok. Mula-mula cari benda yang besar untuk difokus. Contohnya, dinding atau apa-apa yang besar. Pastikan ada yang hendak fokus dan ada yang hendak dikaburkan sebagai latar foto tersebut. Contohnya di bawah.

20140413-161044.jpg

Sentuh lama-lama fokus utama sehingga keluar ikon AE/AF warna kuning keluar bila jari dilepaskan. Dengan buat macam ni, fokus dan exposure telah dikunci. Pastikan juga exposure (terang gelap) sesuai dengan terang gelap objek utama yang difokus.

3. Lepas tu hadapkan jela iphone camera pada objek sebenar yang difokus tu. Pastikan sama jauh jarak iphone dengan langkah 2 di atas. Bila ok fokus tu klik jela gambar yang hendak disnap tu.

20140413-160623.jpg

Konsep Tip ini juga boleh digunakan untuk kamera-kamera hp lain yang boleh lock fokus kamera. Boleh juga pada app app yang ada fungsi sama.

TiltShift Generator

Aku nak cerita pasal satu app ipnone ni. Nama dia TiltShift Generator. Dalam kategori app photo app ni. Aku selalu guna app ni kalau tangkap gambar guna iPhone ni.

Fungsi dia, dia akan buat sesuatu gambar ada objek yang difokuskan, dan lain-lain objek dikaburkan.

20120423-141924.jpg

Pertama sekali mesti dapatkan/beli di AppStore app ni. Mestilah, kalau tak macam mana nak guna benda ni.

Bila kita klik, ada dua pilihan untuk dapatkan gambar untuk diedit, sama ada tangkap gambar yang baru, guna camera, atau ambil dari koleksi gambar yang sedia ada di album iPhone.

20120423-142245.jpg

Lepas nak ada gambar, kita boleh pilih sama ada kita nak fokuskan sesuatu dalam bentuk bulat, bujur atau melintang.

20120423-142417.jpg20120423-142432.jpg

20120423-142533.jpg

Bergantung pada kekreatifan kita untuk fokus. Lepas tu, app ni datang dengan adjustment pada color dia. Iaitu Saturation, Brightness dan Contrast.

20120423-142712.jpg

Gambar akan lebih menarik kalau pandai guna ketiga-tiga menu color di atas. Satu lagi menu vignette, kalau nak buat gelap sikit di tepi gambar.

20120423-154411.jpg

Kalau gambar dah siap, boleh simpan di album iPhone atau share ke fb, twitter dan emel.

20120423-154652.jpg

20120423-154715.jpg

Contoh gambar yang aku guna app ni;

20120423-154854.jpg

20120423-154917.jpg