Cara untuk menggunakan fokus kamera iphone untuk fokus benda-benda kecil

Asalamualaikum,
Hari ni saya nak kongsi sikit tip menggunakan kamera iphone. Saya guna iphone 4 tahun 2010 dengan ios 7.
Kadang-kadang amat sukar untuk menggunakan fokus kamera iphone terutamanya untuk benda-benda halus seperti kabel, bunga kecil dan sebagainya.

Saya ambil contoh, gambar di bawah ini..

20140413-160812.jpg

Kalau nak fokus terus kadang-ka dang susah, silap-silap yang difokus adalah ruang di belakang (rumput). Seperti di bawah…

20140413-160836.jpg

Cara yang mudah adalah menggunakan AE/AF (exposure and focus lock) pada kamera iphone. Langkah-langkah adalah seperti di bawah :-
1. Buka camera app iphone, sekiranya pada lock screen, sentuh icon kamera di bawah sekali sebelah kanan dan tarik saja ke atas skrin tersebut. Kalau di home screen, sentuh saja icon kamera di home screen.

2. Ok. Mula-mula cari benda yang besar untuk difokus. Contohnya, dinding atau apa-apa yang besar. Pastikan ada yang hendak fokus dan ada yang hendak dikaburkan sebagai latar foto tersebut. Contohnya di bawah.

20140413-161044.jpg

Sentuh lama-lama fokus utama sehingga keluar ikon AE/AF warna kuning keluar bila jari dilepaskan. Dengan buat macam ni, fokus dan exposure telah dikunci. Pastikan juga exposure (terang gelap) sesuai dengan terang gelap objek utama yang difokus.

3. Lepas tu hadapkan jela iphone camera pada objek sebenar yang difokus tu. Pastikan sama jauh jarak iphone dengan langkah 2 di atas. Bila ok fokus tu klik jela gambar yang hendak disnap tu.

20140413-160623.jpg

Konsep Tip ini juga boleh digunakan untuk kamera-kamera hp lain yang boleh lock fokus kamera. Boleh juga pada app app yang ada fungsi sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s