17. BAB – “Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan.” (Qs, At-Taubah (9): 5)

Fathul Baari (Syarah Shahih Bukhari, Kitab Iman, oleh Ibnu Hajar Asqolani

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمُسْنَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو رَوْحٍ الْحَرَمِيُّ بْنُ عُمَارَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ وَاقِدِ بْنِ مُحَمَّدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللهَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ

25. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad Al-Musnadi dia berkata, Telah menceritakan kepada kami Abu Rauh Al-Harami bin Umarah berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Waqid bin Muhammad berkata; aku mendengar bapakku menceritakan dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, dan supaya mereka menegakkan shalat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka melakukan itu maka darah dan harta mereka mendapat perlindungan dariku kecuali kerana alasan-alasan hukum. Sedangkan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah.”

Hadits ini dijadikan dasar untuk menafsirkan ayat di atas, kerana maksud “taubat” dalam ayat tersebut adalah berhenti dari kekufuran menuju tauhid. Ayat tersebut ditafsirkan oleh sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam , di

حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
“Sampai mereka bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

Disamping itu ada korelasi lain antara ayat dengan hadits di atas, yaitu takhalliyah (memberi kebebasan) dalam ayat dan ‘ishmah (perlindungan) dalam hadits memiliki erti yang sama. Sedangkan korelasi hadits dengan bab iman, merupakan bantahan terhadap kelompok Murji’ah yang mengatakan bahawa iman tidak memerlukan realisasi dalam bentuk amal perbuatan.

أُمِرْتُ (Aku diperintah) maksudnya, aku diperintah oleh Allah kerana hanya Dialah yang memerintah Rasul-Nya. Jika ada seorang sahabat yang mengatakan “Aku diperintah,” maka hal tersebut bererti “Aku diperintah oleh Rasulullah.”

Kalimat tersebut tidak mengandungi kemungkinan “Aku diperintah oleh sahabat yang lain.” Sebab semua mereka adalah para mujtahid, maka mereka tidak menjadikan perintah mujtahid yang lain sebagai hujjah. Apabila kalimat tersebut dikatakan oleh seorang Tabi’in, maka ada kemungkinan demikian. Kesimpulannya, bahawa seseorang yang terkenal patuh kepada pernimpinnya, maka jika mengatakan kalimat tersebut, dapat difahami bahawa perintah tersebut berasal dari pemimpinnya.

حَتَّى يَشْهَدُوا
(sehingga mereka bersaksi). Kalimat ini menjelaskan, bahawa tujuan memerangi adalah adanya sebab-sebab yang telah disebutkan dalam hadits. Maka seeara dzahir kalimat tersebut mengandungi pernyataan, bahawa orang yang mengucapkan syahadat, mengerjakan shalat dan mengeluarkan zakat, akan dijamin jiwanya walaupun mengingkari hukum-hukum yang lain. Kerana syahadah (kesaksian) terhadap suatu risalah bererti meyakini semua yang berasal darinya, ditambah lagi bahawa konteks hadits, (kecuali yang berkaitan dengan hukum Islam) mencakupi semua hal yang disebutkan dalam hadits. Jika ada pertanyaan, “Kenapa yang disebutkan hanya shalat dan zakat sahaja di dalam hadits di atas?” Jawapannya, supaya manusia memperhatikan dua hal tersebut, kerana shalat dan zakat adalah ibadah yang sangat mu1ia, di samping itu, keduanya juga merupakan ibadah badaniyah (jasmani) dan maliyah (harta) yang paling penting.

وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ
(menegakkan shalat), ertinya melaksanakan shalat secara berterusan dengan memenuhi semua syarat rukunnya. Maksud dari qiyaam (berdiri) adalah adaa’ (melaksanakan) yang dalam hal ini termasuk ta’bir Al kulli bil juz’i (menerangkan sesuatu dengan menyebutkan bahagiannya), kerana berdiri merupakan salah satu rukun shalat. Yang dimaksudkan dengan shalat di sini adalah yang diwajibkan, bukan shalat secara umum. Oleh sebab itu, tidak termasuk di dalamnya sujud tilawah walaupun sujud tersebut dapat dikategorikan dalam shalat. Syalih Muhyiddin An-Nawawi berkata, “Hadits ini mengindikasikan bahawa orang yang meninggalkan shalat secara sengaja akan dibunuh atau dihukum mati.” Kemudian beliau menyebutkan perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini.

Ketika Al-Karmani ditanya tentang hukum orang yang meninggalkan zakat, beliau menjawab bahawa hukum shalat dan zakat adalah sama kerana tujuan kedua hal tersebut tidaklah berbeza, iaitu “memerangi” bukan menghukum mati.” Adapun perbezaannya adalah, orang yang tidak mahu membayar zakat dapat diambil secara paksa sedangkan dalam shalat tidak dapat diperlakukan seperti itu. Oleh sebab itu, jika seseorang telah mencapai nisab dan tidak mahu mengeluarkan zakat maka dia harus diperangi. Dalam kerangka ini, Abu Bakar Ash-Shiddiq memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat, Tidak ada satupun riwayat yang menunjukkan bahawa beliau membunuh mereka. Oleh sebab itu, harus diteliti terlebih dahulu jika hadits ini dijadikan dalil untuk membunuh orang yang meninggalkan shalat, kerana sighah (bentuk kalimat) uqaatil (saya memerangi) dengan aqtul (saya membunuh) adalah berbeza. Wallahua’lam.

lbnu Daqiq Al-‘id dalam kitabnya Syarh Al-‘Umdah telah menjelaskan secara panjang lebar dalam menolak pendapat yang menggunakan hadits tersebut sebagai dasar undang-undang hukuman bagi orang yang meninggalkan shalat.

Beliau berkata, “Diperbolehkan memerangi (golongan tersebut), bukan bererti diperbolehkan membunuh mereka. Sebab bentuk “muqaatalah” berasal dari wazn (pola) “mufaa’alah” yang mengharuskan adanya interaksi dari kedua pihak, sedangkan dalam al-qatlu (membunuh) tidak seperti itu.”

Al Baihaqi meriwayatkan dari Asy-Syafi’i yang berkata, “Perang tidaklah sama dengan membunuh, kerana kadang-kadang kita dibolehkan untuk memerangi seseorang tetapi tidak boleh membunuhnya.”

فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ
(Jika mereka melakukan itu) Ungkapan tersebut menggunakan kata “fa’aluu” (melakukan), meskipun diantara objeknya ada yang berbentuk perkataan. Hal itu mungkin disebabkan penggunaan metode taghlib (menamakan sesuatu dengan kondisi yang paling menonjol) atau kerana mengkehendaki erti yang 1ebih umum, sebab perkataan adalah perbuatan lisan, (mereka berada dalam lindunganku) terjaga atau terlindungi. Al-Ishmah berasal dari Al-Ishaam, iaitu tali untuk mengikat mulut ghirbah (tempat air yang berasal dari kulit hewan – penerj.) agar airnya tidak mengalir.

وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ
(dan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah), maksudnya dalam hal-hal yang bersifat rahsia. Kalimat tersebut dapat dijadikan dalil diterimanya amal perbuatan yang bersifat lahiriah (nampak) dan menetapkan hukum dengan bakti-bukti yang zhahir. Demikian pula bahawa keyakinan yang kuat cukup sebagai syarat diterimanya iman. Pendapat ini berbeza dengan pendapat yang mengharuskan untuk mengetahui dan mempelajari dalil atau bukti-bukti secara mendalam, sebagaimana telah dibahas sebelumnya. Kalimat di atas, dapat dijadikan sebagai dalil untuk tidak mengkafirkan ahli bid’ah yang mengikrarkan tauhid dan melaksanakan syariat. Begitu juga sebagai dalil diterimanya taubat orang yang kafir, selepas apakah kekafirannya sebelum ini bersifat zhahir atau batin. Jika ada yang bertanya, “Hadits tersebut menuntut untuk memerangi orang yang menolak tauhid, lalu bagaimana orang-orang yang membayar jizyah dan mu’ahadah (yang terikat dengan perjanjian damai) tidak diperangi?

Ada beberapa jawapan atas pertanyaan ini. Pertama, nasakh (penghapusan hukum – penerj.) dengan alasan bahawa hukum penarikan jizyah dan mu’ahadah datang setelah hadits-hadits ini. Dalilnya adalah hadits yang melegalisasi pengambilan jizyah dan perjanjian datang setelah turunnya firman Allah, “Bunuhlah kaum musyrik,”

Kedua, hadits tersebut bersifat umum yang dikhususkan dengan hadits lain. Sebab suatu perintah dimaksudkan untuk mencapai suatu tujuan, sehingga apabila ada hukum lain yang tidak sama dengan hukum yang bersifat umum itu dengan alasan tertentu, maka hal itu tidak akan mengurangi atau mengubah nilai hukum yang bersifat umum tersebut.

Ketiga, konteks hadits itu bersifat umum yang mempunyai maksud tertentu. Seperti maksud kata “An-Naas (manusia)” dalam kalimat “Uqaatila An-Naasa” adalah kaum musyrikin, sehingga ahlul kitab tidak termasuk di dalamnya. Hal ini diperkuatkan dengan riwayat dari An-Nasa’ i yang berbunyi,

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ الْمُشْرِكِين
(aku diperintahkan untuk memerangi kaum musyrikin). Apabila ada yang mengatakan. “Walaupun hal ini boleh diterapkan dalam masalah ahlul jizyah, namun tetap saja tidak dapat diterapkan dalam kes mu’ahadah atau golongan yang menolak jizyah.” Kerana faktor yang menyebabkan mereka harus diperangi adalah keengganannya untuk membayar zakat, bukan mengundurkan pelaksanaannya dalam selang waktu tertentu seperti dalam hudnah (gencatan senjata). Sedangkan golongan yang menolak membayar jizyah harus diperangi berdasarkan ayat tersebut di atas.

Keempat, boleh jadi maksud dari syahadah dan lainnya yang disebutkan dalam hadits tersebut adalah menegakkan kalimat Allah dan menundukkan para pembangkang. Tujuan ini kadangkala dapat dicapai dengan berperang, jizyah atau dengan mu’ahadah.

Kelima, bahawa tuntutan dari perang tersebut adalah agar mereka mengakui ajaran tauhid atau membayar jizyah sebagai pengganti.

Keenam, tujuan diwajibkannya jizyah adalah mendesak mereka untuk memeluk lslam. Seakan-akan Rasulullah bersabda, “hingga mereka memeluk islam atau melaksanakan perbuatan yang mengharuskan mereka memeluk Islam.” Inilah jawapan yang paling baik. Wallahu A’lam.

One thought on “17. BAB – “Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan.” (Qs, At-Taubah (9): 5)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s