1. Mukaddimah Imam Muslim

Syarah Shahih Muslim – Imam Nawawi

Mukaddimah

Bismillahirrahmanirrahim

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى مُحَمَّدٍ خَاتَمِ النَّبِيِّينَ وَعَلَى جَمِيعِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ ‏.‏

Imam Muslim Rahimahullah Ta’ala berkata “Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Dan semua akhir yang baik hanyalah milik orang-orang yang bertaqwa. Semoga salawat tetap tercurahkan kepada Muhammad, penutup segala Nabi dan Rasul. ”

Penjelasan :
الحمد لله رب العلمين
Latar belakang Al-Imam Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj Rahimahullah Ta’ala mengawali kitabnya dengan pujian dengan seperti di atas, tidak lain kerana terdapat sebuah hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu yang menyebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda,

” Setiap sesuatu yang mengandungi kebaikan namun tidak diawali dengan Alhamdulillah (pujian bagi Allah), maka hal itu akan Aqtha’ (terputus dengan sia-sia tiada guna).”

Ada juga riwayat yang menyebutkan, “maka hal itu akan Adjzam (terserang penyakit sehingga tidak sempurna)”.

Dalam riwayat lain hadis itu disebutkan dengan redaksi, “(Setiap sesuatu yang mengandungi kebaikan) namun tidak diawali dengan lafaz zikir kepada Allah ”

Begitu juga dengan riwayat yang lain menggunakan redaksi, ” (Setiap sesuatu yang mengandungi kebaikan) namun tidak diawali dengan Bismillahirrahmanirrahim.”

Kami telah mendapatkan beberapa versi riwayat hadis tersebut dalam “Kitaabul Arba’iin” karya Al-Hafidz ‘Abdul Qadir Ar-Rahawi yang telah mendengar langsung dari rakannya Asy-Syeikh Abu Muhammad bin ‘Abdirrahman bin Salim Al-Anbari. Masih seputar hadis tersebut, kami juga ada menerima riwayat yang berasal dari sahabat Ka’ab bin Malik Radhiyallahu’anhu, sekalipun yang lebih masyhur adalah riwayat yang berasal dari sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu.

Hadis ini mempunyai kualiti hasan dan telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya. Sedangkan An-Nasa’i telah meriwayatkan hadis tersebut di dalam kitabnya yang berjudul ‘Amalul Yaum Wal-Lailah. Beliau meriwayatkannya secara maushuul (dengan mata rantai sanad yang bersambung) dan juga secara mursal (ada personel generasi sahabat yang gugur pada rangkaian mata rantai sanad). Sedangkan sanad hadis yang diriwayatkan secara maushuul memiliki kualiti baik.

Yang dimaksudkan dengan kata “Aqtha'” di dalam hadis di atas adalah berkah yang jumlahnya sedikit. Begitu juga dengan makna “Adjzam”. Kata kerja dalam Bahasa Arab untuk lafaz “Adjzam” ialah “Jadzima Yajdzamu”. Wallahua’lam.

Berkaitan dengan kata ” ‘Aalamin” di ungkapan Imam Muslim di atas, mengikut majoriti ulama’ tafsir dan ushul, yang dimaksudkan dengan ” ‘alam” adalah nama untuk semua jenis makhluk. Wallahua’lam.

وصلى الله على محمدٍ خَاتَمِ النَّبِيِّينَ وَعَلَى جَمِيعِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِين

Setelah menyebutkan pujian kepada Allah, Imam Muslim kemudian menyebutkan kalimat selawat untuk Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Apa yang beliau telah lakukan ini merupakan kebiasaan yang dikerjakan oleh para ulama Radhiyallahu’anhum.

Kami telah meriwayatkan dengan sanad berkualiti shahih, dari “Risalatusy-Syafi’i”, dari Ibnu ‘Uyainah, dari Ibnu Abi Najih, dari Mujahid Rahimahullah Ta’ala mengenai firman Allah Ta’ala (yang bermaksud) :-
“dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu,” Surah Alam Nashrah (94:4).

Menurut Mujahid, maksud ayat tersebut adalah sebagaimana keterangan firman Allah dalam hadis qudsi berikut ini :-

“[Bentuk sebutan tinggi untuk mu Muhammad, bahawa] Aku (Allah) tidak akan menyebutkan kalimah syahadat kecuali dengan ungkapan : Aku bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”
Tafsiran begini kami telah kami riwayatkan secara marfu’ dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dari Jibril, dari Rabbul ‘Alamin.

Kelihatannya kalimat Imam Muslim Rahimahullah Ta’ala telah mendapat kritikan. Sebab beliau hanya menyebutkan selawat kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tanpa menyertakan ungkapan salam untuk beliau. Padahal Allah Ta’ala telah memerintahkan kita semua untuk selawat serta salam sekali gus. Perintah ini dapat dijumpai dalam firman Allah (yang bermaksud) :-

“Berselawatlah kami untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan untuknya. ” Surah Al-Ahzab (44) ayat 56. Oleh itu, sepatutnya Imam Muslim sepatutnya menyebutkan “Selawat serta salam semoga tercurahkan kepada Muhammad.”

Jika ada orang yang berkomentar “Bukankah bacaan selawat kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam selalu tidak diiringi oleh dengan ungkapan salam? Buktinya ada bacaan salam ketika tasyahud akhir dalam solat?”. Untuk menanggapi komentar seperti ini, maka perlu dijawab seperti berikut; “Sebenarnya ungkapan salam dalam doa tasyahud telah disebutkan lebih awal daripada ungkapan selawat. Iaitu dalam ungkapan “Salamun ‘alaika ayyuhannabi wa rahmatullahi wa barakatuh.” (yang bermaksud : Semoga salam, rahmat dan berkat Allah tercurah kepadamu baginda Rasul) [Salam kepadamu wahai Nabi, dan Rahmat Allah serta keberkatan dariNya]

Itu sebabnya para sahabat Nabi Radhiyallahu’anhum pernah bertanya kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, kami sudah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam kepada anda, lantas bagaimana caranya kami mengucapkan selawat kepadamu?”. Berangkat dari sinilah para ulama mengangkat hukum makrukh bagi seseorang yang hanya membaca selawat tanpa diiringi dengan ucapan salam. Wallahua’lam.

Ungkapan Imam Muslim Rahimahullah Ta’ala dalam kalimat mukaddimah kembali mendapat kritikan. Tepatnya tentang ungkapan beliau, “Semoga selawat juga terlimpahkan kepada seluruh Nabi dan Rasul”. Kritikan itu berbunyi “Jika memang Imam Muslim telah menyebutkan redaksi ‘anbiya (bermaksud para Nabi), maka tidak perlu beliau menyebutkan istilah Mursalin (yang bermaksud para Rasul). Kerana pengertian Rasul sudah tercakup dalam istilah Nabi. Dengan kata lain, seorang Rasul itu sebenarnya Nabi yang mempunyai keistimewaan yang lebih”. Namun kritikan ini sama sekali tidak berdasar. Untuk membalas kritikan tersebut, maka ada dua macam jawapan seperti berikut :-

a. Kalimat yang disebutkan oleh Imam Muslim di atas termasuk dalam kategori menyebutkan kalimat ‘aam (yang bersifat umum) terlebih dahulu, baru kemudian mengungkap kalimat khaas (yang bersifat khusus). Tujuannya tidak lain untuk lebih menampakkan sikap mengagungkan dan memuliakan posisi tertentu. Di dalam Al-Quranul ‘Aziz berulang kali disebutkan ayat-ayat yang mempunyai Uslub (susunan kalimat) seperti itu. Misalnya firman Allah Ta’ala (yang bermaksud):-
” Barang siapa yang menjadi musuh Allah, Malaikat-malaikat Nya, Rasul-rasul Nya, Jibril dan Mikail..” (Surah Al-Baqarah,98 )

Dan Allah Ta’ala berfirman (yang bermaksud ) :-
” Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari Nabi-Nabi dan kamu (sendiri), dari Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa putera Maryam..” (Surah Al-Ahzaab, 7). Masih banyak ayat yang serupa lainnya.

Namun demikian, ada juga Uslub yang menyebutkan lafaz Khaas terlebih dahulu, kemudian baru menyebutkan lafaz ‘Aam. Misalnya, firman Allah Ta’ala yang mengisahkan tentang Nabi Nuh ‘Alaihis Salam (yang bermaksud);-
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang ke rumahku dengan beriman, dan semua orang beriman lelaki dan perempuan..” (Surah Nuh,28). Berdasarkan keterangan ayat ini, kalau sampai ada orang mengaku-aku memberi perhatian kepada nasib orang-orang mukmin, namun dia tidak memperhatikan unsur lain yang disebutkan lebih awal dalam ayat tersebut, maka pengakuan orang itu jangan dihiraukan.

b. Istilah Mursalin (ertinya para utusan), dalam konteks kalimat Imam Muslim di atas memiliki makna yang lebih luas jika dibandingkan dengan kalimat Anbiya’ (ertinya, para Nabi). Sebab lafaz Mursalin di sini dapat dimaksudkan dengan seluruh makhluk yang diutuskan oleh Allah Ta’ala, baik di kalangan bangsa manusia ataupun bangsa malaikat. Dalam hal ini Allah Ta’ala telah berfirman (yang bermaksud);-
” Allah memilih utusan-utusan (Nya) dari malaikat dan dari manusia.. (Surah Al-Hajj,75). Yang jelas tiada satu malaikat pun yang bergelar Nabi. Oleh kerana itu, lafaz Mursalin dalam ungkapan Imam Muslim di atas tidak selalu bersifat lebih khusus dibandingkan dengan kata Anbiya’. Sebab pengertian Mursalin dalam kalimat ini tidak selalu diwakili oleh kata Anbiya’. Wallahua’lam.

Alasan mengapa Nabi kita diberi nama Muhammad (ertinya orang terpuji) kerana begitu banyak tabiat dalam diri beliau yang sangat terpuji. Demikianlah argumentasi yang dikemukakan oleh Ibnu Faris dan para ulama ahli bahasa yang lain. Mereka semua berkata ” Setiap hal yang banyak memiliki unsur kebaikan disebut “Muhammad” dan “Mahmud” ( ertinya sesuatu yang terpuji). Wallahua’lam.

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّكَ يَرْحَمُكَ اللَّهُ بِتَوْفِيقِ خَالِقِكَ ذَكَرْتَ أَنَّكَ هَمَمْتَ بِالْفَحْصِ عَنْ تَعَرُّفِ جُمْلَةِ الأَخْبَارِ الْمَأْثُورَةِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي سُنَنِ الدِّينِ وَأَحْكَامِهِ وَمَا كَانَ مِنْهَا فِي الثَّوَابِ وَالْعِقَابِ وَالتَّرْغِيبِ وَالتَّرْهِيبِ وَغَيْرِ ذَلِكَ مِنْ صُنُوفِ الأَشْيَاءِ بِالأَسَانِيدِ الَّتِي بِهَا نُقِلَتْ وَتَدَاوَلَهَا أَهْلُ الْعِلْمِ فِيمَا بَيْنَهُمْ فَأَرَدْتَ – أَرْشَدَكَ اللَّهُ – أَنْ تُوَقَّفَ عَلَى جُمْلَتِهَا مُؤَلَّفَةً مُحْصَاةً وَسَأَلْتَنِي أَنْ أُلَخِّصَهَا لَكَ فِي التَّأْلِيفِ بِلاَ تَكْرَارٍ يَكْثُرُ فَإِنَّ ذَلِكَ – زَعَمْتَ – مِمَّا يَشْغَلُكَ عَمَّا لَهُ قَصَدْتَ مِنَ التَّفَهُّمِ فِيهَا وَالاِسْتِنْبَاطِ مِنْهَا ‏.‏ وَلِلَّذِي سَأَلْتَ – أَكْرَمَكَ اللَّهُ – حِينَ رَجَعْتُ إِلَى تَدَبُّرِهِ وَمَا تَؤُولُ بِهِ الْحَالُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ عَاقِبَةٌ مَحْمُودَةٌ وَمَنْفَعَةٌ مَوْجُودَةٌ وَظَنَنْتُ – حِينَ سَأَلْتَنِي تَجَشُّمَ ذَلِكَ – أَنْ لَوْ عُزِمَ لِي عَلَيْهِ وَقُضِيَ لِي تَمَامُهُ كَانَ أَوَّلُ مَنْ يُصِيبُهُ نَفْعُ ذَلِكَ إِيَّاىَ خَاصَّةً قَبْلَ غَيْرِي مِنَ النَّاسِ لأَسْبَابٍ كَثِيرَةٍ يَطُولُ بِذِكْرِهَا الْوَصْفُ إِلاَّ أَنَّ جُمْلَةَ ذَلِكَ أَنَّ ضَبْطَ الْقَلِيلِ مِنْ هَذَا الشَّانِ وَإِتْقَانَهُ أَيْسَرُ عَلَى الْمَرْءِ مِنْ مُعَالَجَةِ الْكَثِيرِ مِنْهُ ‏.‏ وَلاَ سِيَّمَا عِنْدَ مَنْ لاَ تَمْيِيزَ عِنْدَهُ مِنَ الْعَوَامِّ إِلاَّ بِأَنْ يُوَقِّفَهُ عَلَى التَّمْيِيزِ غَيْرُهُ

Imam Muslim Rahimahullah Ta’ala berkata, ” ‘Amma Ba’du, sesungguhnya kamu – semoga Allah melimpahkan rahmat Nya dan taufiq Nya kepadamu – telah mengaku sangat berintuasi supaya dapat mengetahui secara terperinci pelbagai khabar yang berasal daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan yang berhubungan dengan sunnah-sunnah serta pelbagai hukum agama. [Kamu juga mengaku sangat ingin mendalami] masalah-masalah yang ada hubungannya dengan pahala dan siksa, “Targhib” (anjuran untuk melakukan amal yang baik) dan “Tarhiib” (peringatan untuk tidak berbuat keburukan) atau pelbagai masalah keagamaan yang lainnya. Kamu pun mengaku ingin mengetahui itu semua melalui mata rantai sanad yang telah dinukilkan secara berkesinambungan oleh para ulama. Oleh kerana itu kamu – semoga tetap diberi limpahan petunjuk dari Allah – memiliki keinginan kuat untuk mencari keterangan-keterangan tersebut dari sebuah karya yang representatif. Dari sinilah aku terdorong untuk menerangkan permasalahan tersebut untukmu tanpa harus menyebutkan beberapa pengulangan point [yang dapat menyebabkan rasa jemu]. Sebab dengan adanya beberapa pengulangan yang tidak signifikan – menurut kamu – dapat mengakibatkan objektif yang hendak dicapai tidak difokuskan. Objektif yang hendak dicapai adalah tidak lain adalah agar kitab ini dapat difahami dan mampu dijadikan panduan untuk “instinbat” (menggali hukum baru). Aku memutuskan untuk mempertimbangkan kembali keinginan positif tersebut. Dan memang – Insyaallah – maklum balas untuk memenuhi keinginan tersebut dapat menimbulkan dampak positif dan manfaat yang sangat melimpah. ”

Penjelasan :-

ذَكَرْتَ اَنَّكَ هَمَمْتَ بِالْفَحْصِ عَن تَعَرُّفَ جُمْلَةِ الْاخْبَرِ الْمَأْثُرَةَ عن رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سُنَنِ الدِّينِ وَاَحْكَامِهِ

Al-Laits dan beberapa ulama ahli bahasa yang lain berkata, ” Yang dimaksudkan dengan kata “Al-Fash” adalah keinginan yang kuat untuk membahaskan sesuatu. Dalam bahasa Arab biasa diungkapkan kalimat ” fahashtu anisy syai’i”, “tafahashtu”,”iftahashtu” yang semuanya memiliki makna yang sama iaitu aku telah menyelidiki sesuatu.

Sedangkan yang dimaksudkan dengan “Al-Ma’tsurah” di dalam kalimat tersebut adalah “Al-Manquulah” (ertinya yang dinukil). Dalam bahasa Arab biasa disebutkan kalimat “Atsarhul Hadiits ‘An Ghairika”, yang ertinya aku telah menukil perbicaraan (hadits) dari selain dirimu.

فِي سُنَنِ الدِّينِ وَاَحْكَامِهِ
Susunan kalimat ini adalah seperti yang pernah kami sebutkan dulu, yakni menyebutkan kalimat ‘Aam (sesuatu yang bersifat umum) setelah kalimat Khaas (sesuatu yang bersifat khusus). Kerana sunnah-sunnah agama sebenarnya masih sebahagian daripada hukum-hukum agama. Wallahua’lam.

فَاَرَدْتَ أَرْشَدَكَ اللهُ أَنْ تُوَقَّفَ عَلَى جُمْلَتِهَا مُؤَلَّفَةً مُحْصَاةً وَسَأَلْتَنِي أَنْ اُلَخِّصَهَا لَكَ فِي التَّأْلُيفِ بِلَا تَكْرَارٍ يَكْثُرُ فَإِنَّ ذَلِكَ زَعَمْتَ مِمَّا يَشْغَلُكَ

Menurut sumber yang kami terima, lafaz “Tuwaqqafa” dibaca dengan menfathah huruf “Wawu” dan mentasydid huruf “Qaf”. Namun akan lebih shahih sekiranya dibaca dengan “Tuuqafa”. Sedangkan yang dimaksudkan dengan lafaz “Mu’allafah Muhshaah” adalah sebuah kumpulan karya yang menghimpun seluruh komponen. Dan yang dimaksudkan dengan lafaz “Ulakhishahaa” adalah “Ubaiyyinuhaa” (ertinya aku jelaskan hal tersebut).

Mengenai lafaz “Za’amta” dalam redaksi di atas, maka ia mempunyai erti “Qulta” [yang erti sebenarnya adalah “kamu berkata”, tetapi dalam konteks di atas diterjemahkan “menurut kamu”]. Banyak sekali lafaz “Az-Za’m” yang bererti “Al-Qaul”. Misalnya hadis yang berasal daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, “Za’ama Jibril” yang bererti malaikat Jibril berkata. Begitu juga dengan hadis riwayat Dhimam bin Tsa’labah Radhiyallahu’anhu, “Za’ama Rasuuluka”, yang bererti Rasulmu telah berkata. Dan yang terdapat dalam kitab Sibawaih, ketika beliau sepakat dengan sesuatu, maka beliau selalu menyebutkan kalimat “Za’amal Khalil Kadza” ertinya Al-Khalil telah berkata demikian.

Sedangkan cara baca yang fasih untuk kata “Yasyghaluka” adalah dengan mengathah huruf yaa’. Hal ini sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Al-Quranul ‘Aziz. Allah Ta’ala berfirman (yang bermaksud) :-
” Orang-orang Badwi yang tinggal (tidak turut serta ke Hudaibiyah) akan mengatakan – “Harta dan keluarga kami telah merintangi kami. ” (Surah Al-Fath,11).
Namun ada juga cara membaca kalimah tersebut dengan buruk iaitu “Asyghala – Yusyghilu”.

وَلِلَّذِي سَأَلْتَ أَكْرَمَكَ اللهُ حِينَ رَجْعْتُ إِلَى تَدَبُّرِهِ وَمَا تَأُولُ بِهِ الْحَالُ إِنْ شَاءَ اللهُ عَاقِبَةٌ مَحْمُودَةٌ

Lafaz “Lillazi” pada kalimat ini dalam ilmu tatabahasa Arab berkedudukan sebagai khabar dari kata ” ‘Aaqibah.

Imam Muslim Rahimahullah Ta’ala kembali berkata, “Ketika kamu memohon sesuatu yang aku rasa amat berat, – jika memang aku diberi ‘Azam (keinginan kuat) untuk dapat mewujudkan keinginan besar itu secara sempurna -, maka aku berasa sebagai orang pertama yang akan mendapat manfaatnya sebelum orang lain. Banyak faktor yang menyebabkan cita-cita besar tersebut dapat terwujud. Untuk merincikan beberapa faktor yang dimaksudkan, ianya seperti memerlukan ruang yang cukup panjang. Namun, di antara faktor pendorong yang dianggap paling terkuat adalah seperti peribahasa yang menyebutkan, “Dengan melakukan sesuatu yang nilainya sedikit dengan sempurna, maka lebih mudah untuk seseorang untuk melakukan sesuatu yang lebih besar nilainya di masa hadapan”. Kerana dengan melalui sebuah karya kecil yang sempurna akan memudahkan seseorang untuk berbuat apa sahaja di dalam banyak hal. Lebih-lebih lagi dari kalangan awam yang tidak mampu untuk membezakan materi hadits, di mana mereka tidak dapat membezakan permasalahan tersebut, kecuali dengan penjelasan pihak lain. [Dalam hal ini adalah karya yang kami susun].

Penjelasan :-

وَظَنَنْتُ حِينَ سَأَلْتَنِيْ تَجَشًُّمَ ذَلِكَ أَنْ لَوْ عُزِمَ لِيْ عَلَيْهِ وَقُضِيَ لِيْ تَمَامُهُ كَانَ أَوَّلُ مَنْ يُصِيْبُهُ نَفْعُ ذَلِكَ إِيَّايَ

Yang dimaksudkan dengan “Tajasysyuma Dzalika” adalah sesuatu yang sangat berat dan sangat sulit. Sedangkan kata ” ‘Azam ” dalam kalimah ini bukan sebagaimana erti ” ‘Azam” pada lumrahnya. Sebab erti kata ‘azam pada lumrahnya adalah angan-angan atau tekad yang terlintas di benak seseorang. Sebab jika yang dimaksudkan ‘azam dalam kalimat Imam Muslim seperti yang baru disebutkan, maka dapat dipastikan keinginan untuk mewujudkan karya besar itu tidak akan mungkin terwujud. [Kerana jika hanya sebatas angan-angan atau tekad belum bermakna direalisasikan]. Oleh kerana itu para ulama berbeza dalam penafsiran kata ‘azam pada kalimat Imam Muslim tersebut.

Sebahagian daripada mereka ada yang mengertikannya, “Seandainya aku dipermudahkan untuk supaya mampu untuk mewujudkan karya besar”. Ada juga ulama yang mengatakan bahawa kata ‘azam dalam kalimat tersebut bererti sebuah maksud beserta keinginan. Dengan demikian makna yang dimaksudkan adalah, “Seandainya sahaja Allah mengkehendaki terwujudnya hal tersebut untukku”. Cara mengertikan seperti ini senada dengan perkataan orang-orang Arab yang telah dinukilkan oleh Al-Azhari dan beberapa ulama yang lain iaitu, “Nawaakallahu Bi Hifzhihi” (ertinya, semoga Allah bermaksud untuk menjagamu).

Ada juga ulama yang memberi maksud ‘azam di dalam kalimat tersebut sebagai berikut, “Andai sahaja aku dapat mengharuskan diriku untuk mewujudkan keinginan tersebut”. Dengan itu, kata ‘azam dalam kalimat Imam Muslim tersebut diertikan “Luzuum” (ertinya, keharusan). Cara memaknai seperti ini berdasarkan perkataan Ummu ‘Atiyah Radhiyallahu’anhaa, “Nuhiina ‘Anittiba’il Janaa’iz Wa Lam Yu’zam ‘Alaina”, yang ertinya kita dilarang untuk mengiring jenazah dan [hal tersebut memang] juga tidak diharuskan atas kita.

Ada juga hadits lain yang berbunyi, “Yarghabunaa Fi Qiyami Ramadhan Min Ghairi ‘Aziimah”, yang ertinya beliau menganjurkan kita melakukan solat pada malam Ramadhan tanpa diiringi indikasi perintah yang hukumnya wajib. Bahkan ada pula ungkapan ulama fikh yang berbunyi seperti berikut, “Tarkush Shaalaah Fi Zamanil Haidh ‘Aziimah”, yang ertinya meninggalkan solat ketika sedang haid hukumnya wajib”. Dalam contoh-contoh yang terakhir di atas, semua kata ‘azam bermakna Luzuum (ertinya sebuah keharusan).

كَانَ أَوَّلُ
Kata “Awwal” dalam rangkaian kata di atas adalah dirafa’. Dalam tatabahasa Arab kata tersebut menjadi kata isim “Kaana”.

إِلَّا بِأَنْ يُوَقِّفَهُ عَلَى التَّمْيِيزِ غَيْرُهُ
Kata “Yuwaqqifa” dalam kalimat ini yang shahih dibaca dengan mentasydid huruf Qaaf. Bahkan apabila dibaca dengan mentakhfif huruf Qaaf, maka malah tidak benar. Berbeza dengan kata “Yuwaqqifa” yang kami sebut dahulu. Wallahua’lam.

One thought on “1. Mukaddimah Imam Muslim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s