10. MENCINTAI KAUM ANSHAR ADALAH TANDA KEIMANAN

10. MENCINTAI KAUM ANSHAR ADALAH TANDA KEIMANAN
Kitab Fathul Baari (Syarah Shahih Bukhari), Kitab Iman

حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْإِيمَانِ حُبُّ الْأَنْصَارِ وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الْأَنْصَارِ

17. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah telah mengabarkan kepadaku Abdullah bin Abdullah bin Jabar, berkata; aku mendengar Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tanda iman adalah mencintai (kaum) Anshar dan tanda nifaq adalah membenci (kaum) Anshar”.

Dalam bab yang dulu telah dijelaskan, bahawa di antara tanda-tanda iman adalah mencintai sesamanya kerana Allah. sedangkan di sini Imam Bukhari menyebutkan hadits yang menunjukkan bahawa mencintai kaum Anshar juga termasuk salah satu tanda iman, sebab mencintai mereka -kerana mereka telah menolong Rasulullah- adalah termasuk mencintai seseorang kerana Allah. Sebenarnya mereka sudah termasuk dalam sabda Nabi, “Mencintai seseorang kerana Allah.” akan tetapi disebutkannya mereka secara khusus dalam hadits ini menunjukkan adanya perhatian terhadap mereka.

آيَةُ الْإِيمَانِ (tanda-tanda iman), Demikianlah penulisan kata tersebut yang terdapat dalam semua riwayat baik dalam shahih Bukhari dan Muslim, kitab-kitab sunan, mustakhraj maupun musnad. Kata آيَةُ bererti “tanda” seperti yang disebutkan oleh Imam Bukhari. Dalam kitab “I’rab Al Hadist” karya Abu Al Baqa‘ Al Akbari disebutkan dengan lafazh “Innahul iman” yaitu dengan menggunakan kata “innahu” dan “al-iman” dalam keadaan marfu’.

Kemudian Abu Al-Baqa‘ Al-Akbar:
meng’irabnya dengan mengatakan bahawa kata “Inna” berfungsi sebagai
Ta‘kid (penguat), kata ganti “hu” adalah sebagai kata ganti keadaan “dhamir asy-sya’ni”, sedangkan kata iman adalah sebagai mubtada (subjek) dan kata setelahnya adalah sebagai khabar (predikat). Dengan
demikian, hadits tersebut mengandungi pengertian bahawa yang dinamakan iman adalah mencintai kaum Anshar.

Hal ini adalah merupakan kesalahan dalam penulisan kerana – dari segi maknanya- menimbulkan kesan bahawa iman hanya terbatas pada mencintai kaum Anshar saja, padahal sebenarnya tidak demikian.

Ada yang berpendapat bahawa Iafazh yang masyhur dari hadits tersebut juga mengindikasi bahawa iman hanya terbatas pads mencintai kaum Anshar saja, demikian pula dengan hadits yang disebutkan oleh Imam Bukhari dalam bab “Fadha’i1ul Anshar (keutamaan kaum Anshar)” dari Al-Barra bin ‘Azib yang berbunyi, “Tidak ada yang mencintai golongan Anshar kecuali orang yang beriman.”
Mengenai hadits pertama, dapat dijawab bahawa tanda-tanda (‘alamah) adalah seperti khashah (istilah dalam ilmu manthiq yang bererti ciri khusus) yang berdapat dalam beberapa benda dan tidak dapat diterapkan sebaliknya. Kita juga dapat menerima dakwaan adanya pembatasan tersebut, akan tetapi bukan secara hakiki melainkan hanya sehagai penekanan pada maknanya saja. Akan bisa jadi pembatasan itu bersifat hakiki, akan tetapi dikhususkan bagi orang yang membenci kaum Anshar kerana mereka telah memberikan pertolongan kepada Rasuiullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Sedangkan mengenai hadits kedua, dapat dijawab bahawa maksud dari hadits tersebut adalah mencintai kaum Anshar hanya terdapat dalam diri orang mukmin. Hal ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa orang yang tidak mencintai kaum Anshar tidak termasuk orang mukmin, akan tetapi, maksudnya adalah bahawa orang yang tidak beriman tidak akan mencintai mereka.
Apabila ada sebuah pertanyaan, “Apakah orang yang membcncinya termasuk dalam golongan munafik, meskipun ia telah berikrar dan percaya kepada Allah? “ Maka jawabannya adalah bahawa berdasarkan zhahirnya kalimat tersebut memang mengandungi pemahaman seperti itu.
Akan tetapi maksud sebenarnya tidak demikian, kerana kata “bughdhun (benci) ” dalam hadits tersebut memiliki batasan yaitu jika seseorang membenci mereka hanya kerana mereka telah memberikan pertolongan kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam , maka ia termasuk orang munafik. Penafsiran semacam ini sesuai dengan hadits yang dikeluarkan oleh Abu Naim dari Barra’ bin ‘Azib. “barang siapa yang mencintai kaum Anshar, maka aku akan mencintainya dengan sepenuh hati. dan barang siapa yang membenci kaum Anshar, maka aku akan membencinya dengan sepenuh hati” Tambahan seperti ini juga terdapat dalam bab “Al-Hub (cinta)” seperti yang telah disebutkan sebelumnya. Imam Muslim juga telah meriwayatkan dari Abu Sa’id secara marfu’ (dinisbatkan kepada Rasul) dengan lafazh, “Tak ada seorang mukmin pun yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya yang membenci kaum Anshar” dan dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, “mencintai kaum Anshar adalah keimanan dan membenci mereka adalah kemunafikan”. Ada kemungkinan kata tersebut disebutkan dengan fungsi sebagai peringatan (tahzir), sehingga yang dimaksudkan bukanlah makna zhahirya dan oleh kerana itu iman yang ada tidak digantikan dengan kekafiran yang merupakan kebalikan, tapi dengan kemunafikan yang mengisyaratkan bahawa janji dan ancaman tersebut ditujukan kepada orang yang menampakkan keimanannya. Sedangkan yang menampakkan kekafiran tidak termasuk dalam apa yang dimaksudkan, kerana yang dilakukannya lebih keras dari itu.

الأنصار merupakan bentuk jamak (plural) dari kata ناصر atau نصير yang berarti “penolong.” Huruf lam dalam kata tersebut berfungsi untuk menunjukkan erti yang telah diketahui, maksudnya adalah para penolong Rasulullah. Mereka adalah suku Aus dan Khazraj yang sebelumnya dikenal dengan Ibnay Qailah atau dua anak Qailah yang merupakan nenek moyang mereka. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menamakannya dengan “Anshar”, sehingga kata tersebut menjadi sebutan bagi mereka. Nama ini juga digunakan untuk menyebut keturunan, sekutu dan pengikut mereka. Pemberian gelaran agung tersebut disebabkan mereka telah memberikan pertolongan yang lebih besar kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para pengikutnya (Muhajirin) daripada kepada kabilah-kabilah lainnya. Mereka menolongnya dengan jiwa, harta dan bahkan mereka mendahulukan kepentingan kaum Muhajirin daripada kepentingan mereka sendiri. Perbuatan mereka ini menyebabkan mereka dimusuhi oleh kabilah-kabilah Arab maupun non-Arab dan juga menimbulkan kedengkian dalam diri kabilah-kabilah tersebut. Permusuhan dan kedengkian ini sebenarnya disebabkan kerana kebencian kepada mereka. Oleh kerana itu. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memperingatkan kepada manusia agar tidak membenci kaum Anshar akan tetapi harus mencintainya, bahkan Rasulullah menjadikan hal itu sebagai tanda keimanan atau kemunafikan dengan maksud untuk mengingatkan akan keutamaan dan kemuliaan kaum Anshar. Bahkan orang yang ikut serta dalam apa yang mereka perbuat, juga masuk dalam keutamaan mereka yang disebutkan di atas. Ditemukan dalam shahih Muslim dari Ali, bahawa Nabi berkata kepadanya, “Tidak ada yang mencintaimu kecuali orang mukmin dan tak ada yang membencimu kecuali orang munafik” Hadits ini disampaikan di depan para sahabat yang menunjukkan kesetaraan mereka dalam kemuliaan kerana kontribusi yang mereka berikan kepada agama. Pengarang Al-Mafhum berkata, “Perang yang terjadi di antara mereka bukan kerana hal ini, akan tetapi disebabkan suatu perkara yang menyebabkan perselisihan, oleh karena itu kedua belah pihak tidak dapat divonis munafik, kerana kondisi mereka pada saat itu adalah seperti hukum 2 orang mujtahid dalam berijtihad, yaitu bagi yang benar akan mendapatkan dua pahala, sedangkan yang salah mendapatkan satu pahala.

One thought on “10. MENCINTAI KAUM ANSHAR ADALAH TANDA KEIMANAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s