6. MEMBERI MAKAN ADALAH PERANGAI ISLAM

6. MEMBERI MAKAN ADALAH PERANGAI ISLAM
Kitab Fathul Baari (Syarah Shahih Bukhari), karya Ibnu Hajar Asqolani. Kitab Iman.

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

12. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Khalid berkata, Telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid dari Abu Al Khair dari Abdullah bin ‘Amru; Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam; “Islam manakah yang paling baik?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.

Setelah Imam Bukhari memaparkan hadits tentang cabang-cabang iman yang diintisarikan dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, beliau melanjutkan pada bab-bab selanjutnya untuk memaparkan perbahasan ini agar lebih jelas lagi. Maka beliau sengaja memberi judul bab ini dengan “memberi makan” bukan “Islam bagaimanakah”. Hal ini menunjukkan adanya perbezaan di antara kedua perbahasan tersebut seperti yang kita lihat dari perbezaan gaya pertanyaan yang ada dalam redaksi haditsnya.

Lelaki yang bertanya di dalam hadits di atas tidak disebutkan namanya, tetapi ada yang mengatakan bahawa beliau adalah Abu Dzarr, sedangkan di dalam riwayat dari Ibnu Hibban adalah Hanik bin Yazid, orang tua Syuraikh.

أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ
(Islam bagaimanakah yang lebih baik?). Pertanyaan ini adalah sama seperti pertanyaan di dalam hadits sebelumnya, lalu kenapa ada dua pertanyaan yang yang sama di dalam dua hadits tersebut sedangkan kedua jawapannya berbeza? Al-Karmani menjawab, “Sebenarnya kedua jawapan itu tidak berbeza, kerana memberi makan bererti selamat daripada bencana diakibatkan oleh tangan, dan mengucapkan salam bererti selamat daripada bencana yang diakibatkan oleh lisan. Mungkin jawapan yang berbeza ini disebabkan oleh adanya pertanyaan yang berbeza tentang keutamaan suatu perbuatan ke atas perbuatan yang lain.

Hal ini dapat kita lihat dari penggunaan kata “Afdhal” (yang lebih utama) dan “Khair” (yang lebih baik). Menurut Al-Karmani, Afdhal bererti yang lebih banyak pahalanya, sedang kata Khair bererti manfaat. Jadi kata yang pertama adalah berkenaan dengan kuantiti manakala kata yang kedua bererti kualiti.

Tetapi menurut pendapat yang masyhur, bahawa pertanyaan yang sama di dalam kedua hadits di atas, adalah disebabkan perbezaan kondisi penanya dan pendengarnya. Mungkin pertanyaan dalam hadits pertama dimaksudkan untuk memberi peringatan kepada mereka yang takut untuk menerima bencana yang diakibatkan oleh lisan atau tangan. Maka hadits itu memberi jalan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut. Sedangkan jawapan yang kedua, adalah untuk memberi motivasi kepada mereka yang mengharapkan manfaat dengan perbuatan atau perkataan, maka hadits tersebut menunjukkan bentuk konkrit perihal tersebut.

Dengan demikian, disebutkan dua bentuk perlakuan tersebut sesuai dengan keperluan penanya pada waktu itu untuk menarik mereka untuk masuk ke dalam agama Islam. Di samping itu, para sahabat pada waktu itu, sedang bersemangat untuk melakukan perintah syariat, sehingga mereka selalu bertanyakan kepada Nabi perbuatan apa saja yang dapat mendatangkan kebaikan kepada mereka. Hal itu menunjukkan bahawa Rasulullah menekankan kedua hal tersebut pada awal kemasukan ke kota Madinah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan lainnya daripada Abdullah bin Salam.

تُطْعِمُ
(memberi makan), bererti juga perintah untuk memberi makan kepada fakir miskin, termasuk juga menjamu tamu yang datang. Begitu juga dengan perkataan تَقْرَأُ (mengucapkan) juga bererti perintah untuk mengucapkan.

وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
(dan yang engkau tidak kenal), hal ini adalah bermaksud untuk meninggikan syiar Islam dan menjaga hubungan ukhwah Islamiyyah bukan untuk kesombongan dan sia-sia belaka.

Apabila ada pendapat yang mengatakan bahawa konteks kalimat ini adalah berbentuk umum sehingga mencakup orang kafir, orang munafik dan orang fasik. Jawabnya, memang konteks hadits ini masih umum, tetapi keumuman hadits ini dikhususkan oleh hadits yang lain yang memberikan larangan.

One thought on “6. MEMBERI MAKAN ADALAH PERANGAI ISLAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s