Masalah tanah di Kg Kirokot Ranau

Kelmarin, aku hantar isteri dan anak aku balik kampung. Ada mesyuarat di kampung pasal tanah-tanah orang kampung yang diambil oleh sebuah syarikat.

Baru aku tahu di Sabah ni, hak tanah-tanah adat sebenarnya yang ada Native Title bergantung kepada keluasan setiap kampung. Maksudnya, kalau tanah itu terletak dalam sempadan kampung A, jika orang hendak membeli tanah tersebut perlu mendapat kelulusan ketua kampung atau pengerusi kampung tersebut.

Dalam kes kampung isteri aku ni, tanah-tanah orang kampung isteri aku diambil telah dijual oleh ketua kampung sebelah. Jadi mesyuarat tu untuk menentukan sempadan yang sebenar di antara Kg Kirokot (kg isteri aku di Ranau bukan Kg Kirokot Tambunan) dan Kg Lobou.

Dalam mesyuarat tu nanti dihadiri oleh wakil dari kampung-kampung, wakil dari syarikat dan wakil dari mahkamah anak negeri Ranau. Mungkin mereka akan menentukan sempadan dengan menggunakan peta dari Jabatan Tanah.

Yang aku kasihan ni, syarikat yang membeli ni dengan orang kampung sebelah, membersihkan kawasan tanah tu tanpa berbincang dahulu dengan orang-orang kampung isteri aku ni. Jadi semua sawit, pokok buah-buahan, padi, pondok dan lain-lain semua mereka kasi bersih. Orang-orang kampung isteri aku sedar bila sudah bersih kawasan tu.
Ada orang kampung yang pengsan tengok punca pendapatan mereka hilang.

Minta-minta mesyuarat tu nanti dapat menyelesaikan masalah di kampung isteri aku tu. Sekiranya, tanah-tanah tersebut di dalam kawasan kg Lobou atau kg Kirokot pun, diharapkan pihak syarikat dapat membayar gantirugi pokok-pokok yang ditebang.

Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s