Tertinggal kapal

Aku ada kursus di Kuala Lumpur. Macam biasa la aku emel hari dan masa tiket yang aku mahu kepada admin aku, suruh diaorang booking kan. Aku pergi 2 orang, aku dengan rakan sekerja aku. Aku suruh diaorang booking hari Ahad dari KK.

Aku dapat tiket untuk aku dengan kawan aku tu. Tiket kawan aku tu kat atas aku pegang selalu. Hari Ahad pergi. Kawan aku suruh bawak tiket tu pergi lapangan terbang bagi kepada dia di sana saja.

Jadi dalam kepala aku, flight aku jam 3 hari Ahad la. Masa aku packing hari Ahad tu.. Aku check la tiket dan pasport semua, tengok tengok tiket aku hari Sabtu pula. Tiket kawan aku Ahad. Sudah. Satu hal pulak.

Jadi bergegas la aku pergi KKIA tingkat 2, kaunter MAS, tanya macam mana. Diaorang suruh bayar RM100, lepas tu suruh pergi standby kaunter untuk standby. Aku pergi la, dalam hati aku, relax je la. Tengok-tengok waiting list untuk standby seat punya lah panjang.
Alamak. Dalam hati aku sabar jela mau buat macam mana, salah aku jugak tak check tiket. Kawan aku tu lepas, tinggal lah aku seorang menunggu sampai last flight dengan kawan kawan yang senasib denganku.

Sudah ditakdirkan hari tu aku tidak dapat terbang ke KL. Balik rumah la dulu. Besoknya jam 8 baru dapat tempat duduk aku. Alhamdulillah.

Dalam hati aku, sepanjang penantian tu, ada hikmah dan pengajaran :-
1. Tuhan berkehendak supaya aku bersabar hari tu.
2. Mungkin Tuhan hendak menolong orang yang lebih penting (yg standby) untuk naik kapal pada hari Sabtu tu, flight asal aku. Manalah tau…

20120710-041848.jpg

20120710-041924.jpg

20120710-041949.jpg

20120710-042009.jpg

20120710-042025.jpg

20120710-042045.jpg

20120710-042106.jpg

20120710-042155.jpg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s