Hikmah bateri kereta lemah

Semalam petang, masa aku balik kerja, aku singgah la kedai mamak pekena kopi o, tiba-tiba masa aku nak balik start start kereta, tak boleh start. Start je bunyi alarm. Tanda bateri lemah. Nasib la kedai mamak tu dekat dengan rumah aku, aku telefon bini aku suruh dia ambil aku guna kereta lagi satu. Dalam kepala, malam nanti baru aku cari jumper dan caj bateri. Lagi pun aku takde jumper, kena la cari atau beli.

20120517-044709.jpg

Malamnya aku cuba telefon anak kawan isteri yang mekanik di kedai tayar Tuaran tu minta pinjam jumper, dia takde pulak, terpaksa la beli. Jadi aku cari la, di Giant Putera Jaya takde, terpaksa keluar taman, ikut jalan belakang ikut jalan Sepanggar pergi satu kedai Melewar Trding pun takde. Akhirnya di Giant Taman Indah Permai ada jual, Alhamdulillah.

Tapi mungkin Allah berkehendak supaya aku jalan-jalan cari jumper kot. Sebab dalam perjalanan ada empat lima kereta aku jumpa kereta rosak dan eksiden tepi jalan, padahal dekat je tu perjalanan. Ada yang eksiden masuk parit, satu kereta kancil putih baik punya parking sebelah dalam parit. Ini membuatkan aku mengucapkan syukur kerana Allah yang Maha Al-Hakim (penuh hikmah dalam semua yang dicipta dan dalam semua kelakuanNya) nampakkan aku bahawa ada yang lagi teruk rosak kereta daripada aku dan menyebabkan aku bersyukur kepada Allah. Dan sempatlah juga aku mendoakan pemilik-pemilik kereta-kereta yang aku jumpa tu supaya Allah permudahkan mereka.

20120517-050033.jpg

Nak pendekkan cerita, sampai sekarang wira aku, yang auto tu aku belum bawa balik sebab aku dah try caj tapi start boleh, cuma bila jalan buka lampu tak boleh. Mungkin bateri dah kong kot. Lagi pun dah dua tahun lebih dah bateri tu. Petang ni Insyaallah cari bateri baru la tukar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s