Tanah Runtuh di Jalan Kundasang Tamparuli

6 Mei, aku dengan famili nak balik KK dari rumah sewa kami di Ranau. Macam biasa la, aku selalu jalan jam 2.00 petang lebih. Aku tak suka jalan time tengah hari sebab aku mengantuk kalau time panas panas bawak kereta. Petang tu hujan lebat pukul 12 lebih di Marakau, mas jam 2 dah kira ok la renyai renyai je.
Jadi kitorang jalan, syok lalu kundasang hujan2 renyai ni, sejuk giler Plus Plus angin kuat, memang best.

Dipendekkan cerita, sampai lebih kurang 2 – 3 km jalan lepas simpang Bundu Tuhan tiba-tiba jem. Tunggu punya tunggu rupa-rupanya ada tanah runtuh kat depan. Kami tak nampak la tapi ada kenderaan yang patah balik kasitau.

20120507-163221.jpg

Jadi lepas dalam lebih kurang 10 minit tunggu, aku ambik keputusan patah balik dan tunggu di Kundasang. Daripada nak tunggu beratur macam tu. Lagi pun aku belum solat Zuhur masa tu, jadi kitorang pergi solat jamak di Masjid Kundasang. Punyalah sejuk air masa nak ambik wuduk tu. Macam pegang ais.

Lepas tu kitorang parking kereta di satu tempat parking yang selalu tourist berhenti tangkap tangkap gambar. Ada satu bas dari ums pun sangkut parking tunggu di sana.

20120507-163734.jpg20120507-163802.jpg

20120507-163903.jpg

20120507-163930.jpg

20120507-164302.jpg

Lebih kurang sejam juga la, kitorang tunggu, sambil makan sayap bakar dan melayan anak aku yang asyik nak keluar suka sangat cuaca sejuk sejuk.
Aku malas patah balik ikut jalan Tambunan KK masa tu, sebab jauh. Jadi bersabar jela tunggu masa tu.

Tunggu punya tunggu, kitorang pun jalan tunggu di Bundu Tuhan. Mana la tau dah start Repair jalan ke masa tu. Tanya tanya orang, belum start Repair pun jalan.

20120507-164801.jpg

20120507-164834.jpg

20120507-164852.jpg

20120507-164913.jpg

Lepas tu kami patah balik Ranau. Besoknya kami balik kk. Rupanya 2 tempat pulak yang tanah runtuh. Satu dekat Bundu Tuhan satu lagi Kg Kiau. Alhamdulillah selamat juga sampai kami.

20120507-170003.jpg

20120507-170016.jpg

One thought on “Tanah Runtuh di Jalan Kundasang Tamparuli

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s