Rombongan ke Kota Marudu

Pagi ni, (20 Mei) pagi pukul 8 aku dah pergi ke rumah kakak tiri aku. Hari ni nak ikut rombongan bertunang anak lelaki dia si Boboy bertunang di Kota Marudu. Bertunang dengan orang Dusun sana.

20120520-094149.jpg

Rumah dia tak jauh belakang rumah aku seja di Pj telipok ni. Aku sampai sini (di rumah dia aku tulis blog ni dengan iPhone) aku pun tanya tanya la sama ada dorang pasal adat bertunang orang dusun ni. Maklumlah aku ada pengalaman sebab bini aku orang Dusun Ranau juga. Rupanya dorang tak tahu sangat pasal berian, belanja dapur, sogit dan lain-lain. Aku ingat dorang dah jumpa ketua kampung belah perempuan bincang pasal ni. Jadi aku ceritalah sikit-sikit pasal bayaran-bayaran ni.

Setiap kampung Dusun ni adat dia berbeza-beza antara satu dengan lain. Tapi yang basicnya ada 3 bayaran:-

1. Berian – yang ni sama dengan hantaran kalau di Semenanjung. Selalunya mengikut kampung, status perempuan tu, status lelaki tu, kekayaan belah lelaki dan sebagainya sama macam Semenanjung. Contoh kalau di Penampang, kalau tak silap aku dorang kira tiang rumah ada berapa lepas tu dorang tentukan berian dia.

2. Belanja Dapur – belanja dapur ni bayaran untuk keluarga belah perempuan untuk adakan kenduri di kampung belah perempuan. Tengok la keluarga belah perempuan tu nak adakan majlis macam mana. Kalau besar kampung atau ramai orang yang akan dijemput makin besar la belanja dapur ni. Kalau di Semenanjung aku fikir belanja dapur ni dah kira lump sum dengan hantaran kot. Wallahua’lam.

3. Sogit – yang ni bayaran kepada ketua kampung. Yang ni banyak jenis dan ada yang kena bayar cash ada yang kena bayar dengan kerbau. Sogit ni macam macam, ada sogit sebab bawa anak perempuannya masuk Islam ( macam aku kena dulu), ada sogit lambat kahwin dan macam-macam bergantung kepada adat kampung tersebut.

Yang peliknya, keluarga kakak aku ni bawak satu rombongan besar pergi bertunang. Siap sewa bas, sedangkan dorang belum jumpa ketua kampung belah perempuan tu, baru nak pergi jumpa la ni. Lagi besar jumlah yang datang makin besar la bayarannya hehe. Tak tau la, aku tulis perenggan ni masa naik bas ni, belum jalan lagi Masa sampai nanti tau la.

20120520-101655.jpg

20120520-101720.jpg

Kira-kira 2 jam perjalanan sampai di kota marudu. Pendek cerita, anak saudara aku tu kena berian belasan ribu plus belanja dapur pun belasan ribu. Belanja bawak masuk Islam seekor kambing, bayar kepada kakak-kakak yang belum kahwin pun ada (langkah bendul). Penat la juga perjalanan ni. Gambar-gambar di bawah antara yang sempat aku tangkap.

20120520-214734.jpg

20120520-214706.jpg

20120520-214909.jpg

20120520-214928.jpg

20120520-214955.jpg

20120520-215012.jpg

20120520-215030.jpg

20120520-215047.jpg

20120520-215107.jpg

20120520-215125.jpg

20120520-215148.jpg

20120520-215214.jpg

20120520-215239.jpg

20120520-215258.jpg

20120520-215319.jpg

20120520-215340.jpg

20120520-215410.jpg

20120520-215424.jpg

20120520-215438.jpg

20120520-215506.jpg

20120520-215523.jpg

Hikmah bateri kereta lemah

Semalam petang, masa aku balik kerja, aku singgah la kedai mamak pekena kopi o, tiba-tiba masa aku nak balik start start kereta, tak boleh start. Start je bunyi alarm. Tanda bateri lemah. Nasib la kedai mamak tu dekat dengan rumah aku, aku telefon bini aku suruh dia ambil aku guna kereta lagi satu. Dalam kepala, malam nanti baru aku cari jumper dan caj bateri. Lagi pun aku takde jumper, kena la cari atau beli.

20120517-044709.jpg

Malamnya aku cuba telefon anak kawan isteri yang mekanik di kedai tayar Tuaran tu minta pinjam jumper, dia takde pulak, terpaksa la beli. Jadi aku cari la, di Giant Putera Jaya takde, terpaksa keluar taman, ikut jalan belakang ikut jalan Sepanggar pergi satu kedai Melewar Trding pun takde. Akhirnya di Giant Taman Indah Permai ada jual, Alhamdulillah.

Tapi mungkin Allah berkehendak supaya aku jalan-jalan cari jumper kot. Sebab dalam perjalanan ada empat lima kereta aku jumpa kereta rosak dan eksiden tepi jalan, padahal dekat je tu perjalanan. Ada yang eksiden masuk parit, satu kereta kancil putih baik punya parking sebelah dalam parit. Ini membuatkan aku mengucapkan syukur kerana Allah yang Maha Al-Hakim (penuh hikmah dalam semua yang dicipta dan dalam semua kelakuanNya) nampakkan aku bahawa ada yang lagi teruk rosak kereta daripada aku dan menyebabkan aku bersyukur kepada Allah. Dan sempatlah juga aku mendoakan pemilik-pemilik kereta-kereta yang aku jumpa tu supaya Allah permudahkan mereka.

20120517-050033.jpg

Nak pendekkan cerita, sampai sekarang wira aku, yang auto tu aku belum bawa balik sebab aku dah try caj tapi start boleh, cuma bila jalan buka lampu tak boleh. Mungkin bateri dah kong kot. Lagi pun dah dua tahun lebih dah bateri tu. Petang ni Insyaallah cari bateri baru la tukar.

Hikmah bateri kereta lemah

Semalam petang, masa aku balik kerja, aku singgah la kedai mamak pekena kopi o, tiba-tiba masa aku nak balik start start kereta, tak boleh start. Start je bunyi alarm. Tanda bateri lemah. Nasib la kedai mamak tu dekat dengan rumah aku, aku telefon bini aku suruh dia ambil aku guna kereta lagi satu. Dalam kepala, malam nanti baru aku cari jumper dan caj bateri. Lagi pun aku takde jumper, kena la cari atau beli.

20120517-044709.jpg

Malamnya aku cuba telefon anak kawan isteri yang mekanik di kedai tayar Tuaran tu minta pinjam jumper, dia takde pulak, terpaksa la beli. Jadi aku cari la, di Giant Putera Jaya takde, terpaksa keluar taman, ikut jalan belakang ikut jalan Sepanggar pergi satu kedai Melewar Trding pun takde. Akhirnya di Giant Taman Indah Permai ada jual, Alhamdulillah.

Tapi mungkin Allah berkehendak supaya aku jalan-jalan cari jumper kot. Sebab dalam perjalanan ada empat lima kereta aku jumpa kereta rosak dan eksiden tepi jalan, padahal dekat je tu perjalanan. Ada yang eksiden masuk parit, satu kereta kancil putih baik punya parking sebelah dalam parit. Ini membuatkan aku mengucapkan syukur kerana Allah yang Maha Al-Hakim (penuh hikmah dalam semua yang dicipta dan dalam semua kelakuanNya) nampakkan aku bahawa ada yang lagi teruk rosak kereta daripada aku dan menyebabkan aku bersyukur kepada Allah. Dan sempatlah juga aku mendoakan pemilik-pemilik kereta-kereta yang aku jumpa tu supaya Allah permudahkan mereka.

20120517-050033.jpg

Nak pendekkan cerita, sampai sekarang wira aku, yang auto tu aku belum bawa balik sebab aku dah try caj tapi start boleh, cuma bila jalan buka lampu tak boleh. Mungkin bateri dah kong kot. Lagi pun dah dua tahun lebih dah bateri tu. Petang ni Insyaallah cari bateri baru la tukar.

Tanah Runtuh di Jalan Kundasang Tamparuli

6 Mei, aku dengan famili nak balik KK dari rumah sewa kami di Ranau. Macam biasa la, aku selalu jalan jam 2.00 petang lebih. Aku tak suka jalan time tengah hari sebab aku mengantuk kalau time panas panas bawak kereta. Petang tu hujan lebat pukul 12 lebih di Marakau, mas jam 2 dah kira ok la renyai renyai je.
Jadi kitorang jalan, syok lalu kundasang hujan2 renyai ni, sejuk giler Plus Plus angin kuat, memang best.

Dipendekkan cerita, sampai lebih kurang 2 – 3 km jalan lepas simpang Bundu Tuhan tiba-tiba jem. Tunggu punya tunggu rupa-rupanya ada tanah runtuh kat depan. Kami tak nampak la tapi ada kenderaan yang patah balik kasitau.

20120507-163221.jpg

Jadi lepas dalam lebih kurang 10 minit tunggu, aku ambik keputusan patah balik dan tunggu di Kundasang. Daripada nak tunggu beratur macam tu. Lagi pun aku belum solat Zuhur masa tu, jadi kitorang pergi solat jamak di Masjid Kundasang. Punyalah sejuk air masa nak ambik wuduk tu. Macam pegang ais.

Lepas tu kitorang parking kereta di satu tempat parking yang selalu tourist berhenti tangkap tangkap gambar. Ada satu bas dari ums pun sangkut parking tunggu di sana.

20120507-163734.jpg20120507-163802.jpg

20120507-163903.jpg

20120507-163930.jpg

20120507-164302.jpg

Lebih kurang sejam juga la, kitorang tunggu, sambil makan sayap bakar dan melayan anak aku yang asyik nak keluar suka sangat cuaca sejuk sejuk.
Aku malas patah balik ikut jalan Tambunan KK masa tu, sebab jauh. Jadi bersabar jela tunggu masa tu.

Tunggu punya tunggu, kitorang pun jalan tunggu di Bundu Tuhan. Mana la tau dah start Repair jalan ke masa tu. Tanya tanya orang, belum start Repair pun jalan.

20120507-164801.jpg

20120507-164834.jpg

20120507-164852.jpg

20120507-164913.jpg

Lepas tu kami patah balik Ranau. Besoknya kami balik kk. Rupanya 2 tempat pulak yang tanah runtuh. Satu dekat Bundu Tuhan satu lagi Kg Kiau. Alhamdulillah selamat juga sampai kami.

20120507-170003.jpg

20120507-170016.jpg

KESABARAN PARA NABI MENGHADAPI CUBAAN

KESABARAN PARA NABI MENGHADAPI CUBAAN
Dari compilation e-Book Silsilah Hadits Shahih Al-Albani Jilid I

١٧. اَنَّ النَّبِىَّ اللهِ اَيُّؤبَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِثَ بِهِ بَلاَ ءُؤهُ ثَمَانَ عَشَرَةَ سَنَةً , فَرَفَضَهُ اْلقَرِيْبُ وَاْلبَعِيْدُ اِلاَّرَجُلَيْنِ مِنْ اِخوَانِه كَانَايَغْدوَانِه اِلَيْهِ وَيَرُؤحَانِ ,فَقَالَ اَحَدُهُمَا لِصَاحِبِه ذَاتَ يَؤمٍ : تَعْلَمُ وَاللهِ لَقَدْاَذْنَبَ اَيُّؤبُ ذَنْبًامَااَذْنَبَهُ اَحَدٌ مِنَ اْلعَلَمِسْنَ , فَقَالَ لَهُ صَاحِبُهُ :,, وَمَاذَاكَ ؟ ,, مُنْذُ ثَمَانَ عَشَرَةَ سَنَةً لَمْ يَرْحَمْهُ اللّهُ فَسَكْشِفُ مَابِه ,فَلَمَّارَاحَااِلى اَيُّؤبَ لَمْ يَصْبِرِالرَّجُلُ حَتّى ذَكَرَذَلِكَ لَهُ , فَقَالَ اَيُّؤبُ : لاَ اَدْرِىْ مَاتَقُؤلاَنِ غَيْرَ اَنَّ اللهَ تَعَلى يَعْلَمُ اَنِّى اَمُرُ بِاالرَّجُلَيْنِ يَتَنَاذَعَانِ , فَيَذْكُرَانِ اللهَ فَاَرْجِغُ اِلى بَيْتِى فَاُكَفِّرَ عَنْهُمَا كَرَاهِيَتَ اَنْ يَذْكُرَاللهَ اِلاَّ فِى حَقٍٍّ : قَالَ : وَكَانَ يَخْرُجْ اِلى حَاجَتِه فَاذَاقَض حَاجَتَهُ اَمْسَكَتْهُ اَمَرَاتُهُ بِيَدِه حَتّى يَبْلُغَ , فَلَمَّا كَانَ ذَاتَ يَؤمَ ابْطَأّ عَلَيْهَاوَاَؤحَى اِلى اَيُّؤبَ : -( اركض بِرَجُلِك هٰذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وشَرَابٌ ) فَاسْتَبْطَأتَهُ فَتَلَقْتَهُ تَنْظُرُ وَقَدْ أَقْبَلْ عَلَيْهَا قَدْ أَذْهَبَ اللهُ مَا بِهِ مِنَ الْبَلاَءِ وَهُوَ أَحْسَنُ مَا كَانَ فَلَمَّا رَأَتْهُ قَالَتْ أَيْ بَارَكَ اللهُ فَيكَ هَلْ رَأَيْتَ نَِبيَّ اللهِ هٰذَا الْمُبْتَلِى وَاللهِ عَلٰى ذٰلِكَ مَا رَأَيْتُ أَشْبَهُ مَنْكَ إِذَ كَانَ صَحِيْحَا فَقَالَ فَإِنَّي أَنَا هُوَ وَكَانَ لَهُ أَنْدَرَانِ ( أَيْ بَيْدَرَانِ ) أَنْدَرٌ لِلْقُمْحِ وَأَنْدَرٌ للشَّعِيْر فَبَعَثَ الله سَحَابَتَيْنِ فَلَمَّا كَانَتْ إِحْدَاهُمَا عَلٰى أَنْدَرِ الْقُمْحِ أَفرغت فِيهِ الذَّهَبَ حَتىّٰ فَاضَ وَأفرغَتْ اْلأُخْرَى فَي أَنْدَرِ الشَّعِيْرِ الْوَرَقَ حَتىّٰ فَاضَ .

“Nabi Ayyub ‘Alaihissalam terkena cubaa selama lapan belas tahun. Seluruh keluarga dekatnya maupun yang jauh menjauhinya, kecuali dua orang saudaranya. Keduanya selalu mendatangi dan menghiburnya. Suatu ketika salah seorang di antara mereka berkata kepada kawannya: ”Katakanlah kawan demi Allah sungguh Ayyub telah melakukan dosa yang belum pernah diperbuat oleh seorang pun.“ Lalu kawannya bertanya: ”Dosa apa itu?“ Ia menjawab: ”Selama lapan belas tahun, Allah tidak memberi belas kasihan kepadanya, lalu Allah menghilangkan penderitaannya.“ Tatkala keduanya menghadap Nabi Ayyub, salah seorang di antara mereka tidak sabar, dan menceritakan apa yang dikatakan oleh kawannya. Lalu Nabi Ayyub menjelaskan:”Saya tidak mengerti apa yang kalian berdua katakan, hanya Allah mengetahui bahawa saya telah memerintahkan kepada dua orang yang sedang cekcok untuk berbaikan, lalu keduanya menyebut Allah (Mendengar itu) kemudian saya kembali ke rumah dan membenci keduanya, kerana saya tidak suka mereka menyebut Allah, kecuali dalam perkara yang haq (benar).“ Perawi melanjutkan, suatu ketika Ayyub keluar untuk memenuhi hajatnya. Jika ia ingin memenuhi keperluannya, biasanya ia dipapah oleh isterinya hingga sampai di tempat. Suatu hari ia memenuhi hajatnya agak lama (lambat), ternyata ia diberi wahyu (perintah): (Allah berfirman): ”Hentakkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. (Shaad : 42). Sedang isterinya itupun tetap (sabar) menantinya. Tatkala isterinya itu menyambutnya ia melihat bahwa Ayyub telah pulih dari penyakitnya. Ayyub terlihat lebih baik keadaannya dari sebelumnya. Ketika itu si isteri segera berkata: ’Wahai suamiku, semoga Allah memberi berkah kepadamu. Saya belum pernah melihat (mengetahui) ada seorang nabi yang diuji seperti ini.’ Kemudian Ayyub berseru: ”seperti inilah aku.“ Sementara Ayyub juga mempunyai dua tempat menumbuk biji, satu untuk biji gandum dan yang satunya lagi untuk terigu. Lalu Allah mengutus dua gerombol awan. Tatkala salah satu awan itu berada tepat diatas tempat menumbuk biji gandum, maka ia mengucurkan emas ke dalamnya hingga meluap, sedang awan lainnya mengucurkan perak pada tempat menumbuk biji terigu.“

Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la di dalam Musnad-nya (176/1-177/1) dan Abu Na’om di dalam Al-Hilayah (3/374-375) dari dua jalur yang berasal dari Sa’id bin Abi Maryam yang diperoleh dari Nafi’ bin Zaid dari Uqail dari Ibnu Syihab dan Anas bin Malik secara marfu’. Selanjutnya Abu Ya’la berkata:

”Hadits ini gharib dari hadits Zuhri. Tidak ada yang meriwayatkan darinya kecuali Uqail. Sedang semua perawi disepakati adil (konsisten di dalam menjauhi larangan-larangan syari’at), hanya Nafi’ yang kurang mendapatkan kesepakatan dalam keadilannya.“

Namun saya tetap berpendapat bahwa Nafi’ adalah tsiqah seperti dikatakan oleh Imam Muslim. Dan Imam Muslim juga menyampaikan haditsnya. Adapun perawi-perawi yang lain adalah perawi-perawi yang dipakai oleh Bukhari dan Muslim. Oleh kerana itu hadits ini adalah shahih. Penilaian yang sama juga diberikan oleh Adh-Dhiya’ Al-Maqdisi, sehingga ia juga menyampaikannya di dalam Al-Mukhtarah (220/2-221/1). Sementara itu Ibnu Hibban juga meriwayatkan di dalam kitab shahih-nya (2091), dari Ibnu Wuhaib yang diberi riwayat oleh Nafi’ bin Zaid.

Hadits ini termasuk hadits yang membatalkan (menggugurkan) hadits yang ada di dalam Al-Jami’ush-Shaghir dengan redaksi:

”Allah menolak menjadikan bala’(cubaan/ujian) sebagai penguasa bagi hambaNya yang mukmin.“

Penjelasan mengenai hal ini akan saya (Al-Albani) sampaikan ketika menjelaskan hadist-hadits dha’if, insya Allah.

20120502-060458.jpg