Terjemahan Ceramah Dari Syeikh Wahid Abdul Salam Bali

Terjemahan Ceramah Dari Syeikh Wahid Abdul Salam Bali:

Kisahnya di mana pertemuan dengan saya (Syeikh Wahid Abdul Salam Bali) adalah ilham hasil pertanyaan dengan jin yang sedang merasuk,
“siapakah manusia yang paling ditakuti?”
Jawab jin tersebut: “Syeikh Wahid Abdul Salam Bali”.

Mulai saat itu, berduyun-duyun orang ingin menuntut ilmu ini dengan saya. Adakah dengan mendapat sanad (Syeikh Wahid Abdul Salam Bali), kita perlu berbangga? Angkuh? Takbur? Lupakah kata-kata saya, “JANGAN CARI DUNIA, JANGAN TAKBUR, JANGAN TINDAS MENCARI KEUNTUNGAN”

Persoalannya, ketika ini saya masih hidup, kalau saya bertemu dengan ajal, maka adakah mereka yang bersanad (Syeikh Wahid Abdul Salam Bali) ini mampu menguasai perubatan islam? Apakah nasib mereka (yang bersanad dari saya) berakhir sebaik sahaja hayat saya berakhir?

Mari ikuti iktibar kisah di bawah, baca hingga habis. Insya Allah kita akan faham, ianya (sanad Syeikh Wahid Abdul Salam Bali) adalah sementara sahaja, manakala sanad Rasulullah itu lebih utama dari sanad yang lain.

Kisah dari Nabi
Ibn Taimiyyah menyatakan, kadangkala mengubati penyakit kerasukan jin atau makhluk halus memerlukan kepada pukulan iaitu dengan pukulan yang banyak. Cara ini sebenarnya adalah di syarakkan berdasarkan sumber hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Daud dan juga Abu al-Qasim al-Tabarani.
Hadith daripada Ummu Aban binti al-Wazi’ yang diceritakan daripada ayahnya; Bahawa suatu hari datuknya pergi menemui Rasullullah s.a.w. bersama dengan anaknya atau anak saudaranya yang kerasukan. Lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah s.a.w., saya datang bersama anak atau anak saudara saya yang dirasuk dan meminta daripada Rasulullah supaya berdoa untuknya”. Baginda menjawab: “Bawa dia berjumpa denganku”.
Lalu saya pergi kepadanya yang sedang berada di dalam kenderaan. Setelah menyalinkan pakaiannya, saya membawanya bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampirkan dia kepadaku dan hadapkan belakangnya kepadaku”. Rasulullah s.a.w. mengambil sehelai bajunya dan digabungkanya supaya menjadi tebal lalu baginda memukul belakang pesakit sehingga kesihatan putih ketiak baginda s.a.w.. Di samping baginda bersabda: “Keluarlah hai musuh Allah!”. Sejenak kemudian anak tersebut kesihatan sedar seperti sediakala dan tidak lagi seperti dahulu. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mendudukkan anak itu di hadapan baginda lalu menyapu air di mukanya dan berdoa untuknya. Semenjak doa Rasulullah kepadanya, tiada seorang pun di kalangan rombongan itu yang dapat menyaingi [kepintarannya].
Hadith ini menyimpulkan bahawa harus menggunakan cara pukulan terhadap pesakit yang dirasuk dengan tujuan memukul jin yang merasuknya. Namun, sekiranya pukulan sudah tidak diperlukan ketika itu, pesakit tidak lagi dipukul. (Syeikh al Imam al A’lamah Badruddin Abi Abdillah Muhammad ibn Abdillah Asyibli, Ahkamul Jan, m/s:151, tahqiq wa dirasah; Dr. Assayyid al Jamiliy, Darul Ibn Zaidun – Beirut, cetakan pertama 1985)

Kisah 1
Imam Ahmad bin Hanbal (w.241H) juga telah menggunakan KAEDAH PUKULAN UNTUK MENGELUARKAN JIN. Diriwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik sultan telah mengalami kerasukan. Imam Ahamad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di antara dua perkara yang kamu mahu; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: ‘Kami dengar dan kami taat bahkan jika Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun, kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya. Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.
Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi merasuk perempuan yang sama. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusan kepada murid Imam Ahmad iaitu Abu Bakr al-Mawarzi. Beliau membawa terompah kayu yang sama ke istana sultan untuk merawat perempuan tersebut. Lalu jin yang merasuk itu berkata: ‘Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan taat dan tidak mahu menerimamu. Ahmad adalah seorang yang yang mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya” .

Kisah 2
Di dalam kitab al-Tib al-Nabawi karangan SHAIKH IBN AL-QAYYIM AL-JAWZIYYAH (w.751H/1350M) ada menyebutkan bahawa gurunya Shaikh Ibn Taimiyyah kerap kali memukul pesakitnya yang dirasuk syaitan atau jin dengan pukulan tongkat, setelah syaitan atau jin tidak mahu keluar walaupun diperintah supaya keluar berkali-kali. Syaitan atau jin yang berdegil itu akan keluar bila dipukul dengan tongkat .
Ibn Qayyim menegaskan bahawa kaedah perubatan yang digunakan oleh gurunya itu dapat disaksikan oleh beliau sendiri dan orang lain, bukan sekali tapi kerap kali dilihatnya. Malahan gurunya, SHAIKH IBN TAIMIYYAH pernah menceritakan kepadanya mengenai jin yang degil, tidak mahu keluar, walaupun sudah dibacakan ayat-ayat Qur’an dan sudah diminta keluar segera. Akhirnya Shaikh Ibn Taimiyyah memukul pesakit tersebut dengan tongkat. Sebelum jin itu keluar ia sempat menyatakan bahawa ia sangat mencintai pesakit tersebut dan mahu pergi menunaikan fardhu Haji bersamanya. Akhirnya jin itu keluar kerana tidak tahan menanggung sakit dari pukulan tongkat.

Kisah 3
Pernah satu ketika saya menyaksikan syeikh kami [Ibn Taymiyyah] mengutus seorang yang mampu bercakap dengan ruh (jin) yang berada dalam badan pesakit yang dihasut. Lalu utusan itu berkata: Syeikh telah berkata; “Keluarlah kamu dari badannya kerana tidak halal bagimu berada di dalamnya”, Sejenak kemudian sedarlah. Kadang-kadang dia sendiri [Syeikh] yang mengucapkan kata-kata tersebut kepada ruh itu. Kadang-kala ruh yang menghasut itu degil, lalu ianya dikeluarkan dengan cara dipukul dan sedarlah orang yang dihasut itu tanpa dia merasa sakit. Kami dan selain kami telah menyaksikan fenomena seumpama ini daripadanya berulangkali.
Syeikh kerap membaca pada telinga pesakit yang dihasut firman Allah Taa’la:
Syeikh telah menceritakan kepada kami; Pada satu ketika dia membaca ayat tadi ke telinga pesakit yang dihasut, lalu ruh[jin] yang berada di dalamnya berkata dengan memanjangkan suaranya; yaaah….. Syeikh berkata lagi: saya mengambil sebatang tongkat [اصع] dan memukul urat-urat tengkuknya sehingga lengoh kedua tanganku kerananya. Para hadirin menyangka si pesakit itu pasti akan mati dengan sebab pukulan tersebut.
Semasa memukul, ruh tersebut berkata: Aku kasih kepadanya”. Lalu saya [Syeikh] berkata kepadanya: “Dia tidak menyukaimu”. Ruh itu menjawab; “Saya ingin menunaikan haji bersamanya”. Saya berkata; “Dia tidak mahu melaksanakan Haji bersamamu”. Kemudian dia berkata; “Saya meninggalkannya kerana memuliakanmu”. Lalu Syeikh menjawab; “Bukan begitu, bahkan tinggalkanlah dia kerana taatkan Allah dan Rasulnya”. Ruh itu kemudiannya berkata; “Kalau begitu saya keluarlah sekarang daripadanya”
Ibn Taimiyah berkata: “Selepas itu orang yang kerasukan jin itu duduk sambil menoleh ke kiri dan ke kanan lalu bertanya: “Siapakah yang telah membawa aku ke tempat sheikh ini?” Orang yan gmenyaksikan peristiwa tersebut bertanya kepadanya: “Bagaimana rasanya dengan pukulan yang mengenai dirimu?” Ia menjawab: “Apakah sebabnya Sheikh memukulku,padahal aku tidak berbuat dos?” Sebenarnya orang yang kerasukan jin itu tidak merasakan sedikitpun pukulan tersebut.
(Ibn Qayyim al Jauziyyah, al Tibbun Nabawiy, m/s: 52-53, tiada tarikh dan pengedar.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s