Sebab turunnya ayat 55 Surah Al-Mai’dah

Dari kitab Asbabun Nuzul oleh Imam As-Suyuthi

Ayat 55 Surah Al-Ma’idah

اِنَمَا وَلِيُّكُمُ اللهُ وَرَسُولُهُ ، وَالَّذِينَ ءَامَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

” Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah , dan Rasul Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk ( tunduk menjunjung perintah Allah ) ”

Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang peminta sedekah telah datang kepada Ali bin Abi Thalib ketika dia sedang solat sunat. Lalu dia tanggalkan cincinnya dan diserahkan kepada peminta sedekah tadi. Maka turunlah ayat ini yang mengemukakan beberapa ciri pemimpin yang wajib ditaati.

( Diriwayatkan oleh At-Thabrani di dalam kitab Al-Ausath yang didalamnya terdapat perawi yang dikenali dari Ammar bin Yasir )

Hadis ini diperkuatkan oleh hadis-hadis :-

1. Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari Abdul Wahab bin Mujahid dari bapanya dari Ibnu Abbas.

2. Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih melalui perawi lain dari Ibnu Abbas.

3. Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari Ali.

4. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Mujahid dari Ibnu Hatim dari Salamah bin Kuhail.

( Wallahua’lam )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s