From KK to Kirokot

Aku selalu balik ke kg bini aku di Kg Kirokot Ranau ni, tapi baru kali ni aku teringat tangkap gambar-gambar dan kongsi pengalaman. Hari aku tulis ni 27 Februari 2011 lepas aku balik KK balik. Sebab kampung bini aku tu tiada line langsung.

Dari Ranau ke Kg Kirokot ambil masa lebih kurang sejam. Tengok kenderaan apa yang dibawa. Kalau bawa 4 wheel lagi cepat. Sebab kita akan melalui jalan grubble dan tanah merah selama 40 minit.

Di atas ni peta dari Ranau ke Kg Lohan. Dari Ranau, kita ikut jalan pergi Sandakan, masuk ke kiri. Simpang yang mempunyai tanda “poreng hotspring”. Masuk ke simpang itu, adalah Kg Lohan. Jalan terus terus sampai simpang tiga. Ke kiri pergi Poreng Hotspring dan ke kanan pergi Kg Bongkud. Masuk kiri dan kita akan lalu gerai-gerai yang menjual sayap bakar, ikan, sayur, kuih, rokok dll. Aku selalu singgah beli sayur dan ikan.

Lepas tu kita akan lalu satu bulatan, kalau ke kiri ke Kg Napong, Kg Perancangan dll kampung, kalau terus ke Kg Narawang, Kg Lutut, Kg Singgaron, Kg Langsat dan Kg Kirokot. Terus dalam 3 minit kita akan jumpa jalan grubble.

Selepas masuk ke jalan grubble, kita akan nampak bangunan Sekolah Teologi Kg Namaus di sebelah kiri. Penduduk-penduduk kampung-kampung di sini kebanyakannya beragama Kristian, di Kg Kirokot pula kurang dari 10 keluarga yang Islam. Wallahua’lam tidak kira pulak aku. Lepas bangunan tu simpang Kg Namaus.

Lepas tu lima minit perjalanan kita akan jumpa Kg Narawang.

Lepas Kg Narawang kita akan lalu simpang Kg Lutut. Kemudian kita akan lalu Kilang Papan Superwood.

Kemudian, kita akan melalui Kg Singgaron Baru.

Selepas itu kita akan melalui sebuah jambatan. Sungai di sini cantik tapi tidak boleh mandi atau tangkap ikan sewenang-wenangnya kerana ianya di bon-bon. Kena minta kebenaran ketua kampung Singgaron sekiranya hendak berbuat demikian.

Kemudian dalam lima minit perjalanan kita akan bertemu Kg Langsat. Di tepi Kg Langsat ada sungai besar. Aku pernah mandi di sini sekali dulu.

Selepas Kg Langsat kita akan mendaki bukit, pastikan dalam gear yang rendah sekali. Aku pakai gear satu dan dua saja. Jalan tidak bagus di sini. Kereta aku habis calar-calar di bawah.

Lepas tu barulah jumpa ke simpang masuk Kg Kirokot.

Bersambung…

One thought on “From KK to Kirokot

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s