Aku tidak tahu!!!

Sumber : I’lamul Al-Muwaqqi’in (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)
Terjemahan dan terbitan : Darul Fajr

Diriwayatkan dari Ali Radhiyallahu’anhu seraya dia berkata “Ada lima arah apabila seseorang berjalan menuju ke arah kanan, hendaklah dia merubah arah perjalanannya : Seorang hamba tidak boleh takut kecuali kepada Tuhannya, tidak boleh khawatir kecuali akan perbuatan dosanya, seseorang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tidak boleh malu untuk belajar, orang yang tidak mengetahui jawapan dari masalah yang ditanyakan kepadanya tidak boleh malu untuk mengatakan “Hanya Allah lah yang Maha Mengetahui” dan bersabarlah kerana kedudukan sabar dalam agama bagaikan kepala kepada tubuh”.

Az-Zuhri dari Khalid bin Aslam saudara Zaid bin Aslam, seraya dia berkata
” Kami pergi berjalan-jalan bersama Ibnu Umar, kemudian kami bertemu dengan orang Arab Badui, seraya dia berkata “Apakah anda bernama Abdullah bin Umar?” beliau menjawab “Ya, benar”. Dia berkata “Aku akan bertanya dan minta petunjuk kepadamu, maka beritakanlah kepadaku apakah bibi (makcik) mendapatkan warisan ?” beliau menjawab “Aku tidak tahu”. Dia berkata “Apakah anda tidak tahu?”. Beliau menjawab “Ya, benar, oleh kerana itu hendaknya kamu pergi ke ulama’ Madinah, dan tanyakanlah kepada mereka.”
Ketika orang Arab Badui itu hendak pergi, dia menghulurkan tangannya, seraya berkata: “Sungguh terpujilah kamu berdua.” Abu Abdurrahman berkata : “Beliau (Ibnu Umar) itu ditanya tentang masalah yang tidak beliau ketahui, maka beliau menjawab: Aku tidak tahu”.

Ibnu Mas’ud berkata;
“Barang siapa yang mempunyai ilmu pengetahuan, maka hendaklah dia berkata sesuai dengan ilmu pengetahuannya, dan barang siapa yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan, maka hendaknya dia berkata : ” Hanya Allah lah Yang Maha Mengetahui. Sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang ditujukan kepada Nabinya :
” Katakanlah (hai Muhammad) : Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas da’wahku, dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan”. (Shad 86)

Dalam satu hadis Shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas dijelaskan : ” Barangsiapa yang memberikan fatwa kepada setiap permasalahan yang ditanyakan kepadanya, maka dia termasuk orang gila.”

Abu Hushain Al-Asadi berkata ;
” Sesungguhnya seseorang di antara mereka (para sahabat) suka memberikan fatwa secara langsung dalam masalah yang ditanyakan kepada mereka. Tetapi sekiranya permasalahan itu ditanyakan kepada Umar, niscaya beliau akan mengumpulkan para sahabat yang ikut perang Badar untuk memecahkan masalah tersebut. ”

Ibnu Sirin berkata ;
” Kematian seseorang dalam kebodohan dianggap lebih baik dari mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s