Tuaran Bypass

Dari lampu isyarat Likas Inanam di perkuburan Cina sehingga lampu isyarat Tebobon menggatal ada 10 atau 11 u-turn dan simpang ke kanan. Jalan Tuaran Bypass merupakan jalan yang sibuk, di mana banyak kenderaan bergerak dengan laju kerana merupakan laluan utama ke Sandakan, Ranau, Kota Belud dan bandar-bandar lain di utara dan Timur Sabah.

Simpang-simpang ini menyebabkan kenderaan yang hendak menggunakan simpang-simpang ini membahayakan kenderaan yang menggunakan laluan laju di sebelah kanan. Kemalangan sering berlaku di mana kenderaan keluar dari tepi dan terus ke laluan kanan tetapi perlahan menyebabkan kenderaan yang sedang laju di sebelah kanan terpaksa membrek dan ada yang terlanggar kenderaan yang perlahan tersebut.

Simpang-simpang ini juga menyebabkan kebanyakan kenderaan yang laju terpaksa memotong menggunakan laluan kiri. Saya tidak salahkan kenderaan yang memotong tersebut dan juga kenderaan yang dipotong tersebut. Kenderaan yang dipotong terpaksa perlahan kerana hendak masuk ke simpang.

Mungkin kerajaan tempatan perlu memandang perkara ini dan mengambil beberapa langkah. Saya ada juga fikir beberapa cara ;
1. Mengurangkan simpang-simpang tersebut terutama simpang yang dekat betul dengan jalan keluar dari tepi jalan. Kenderaan tidak sempat menyamakan kelajuan kereta mereka sebelum masuk ke laluan kanan. Ini amat membahayakan.

2. Flyover – tapi ini memakan belanja yang mahal dan tidak praktikal.

3. Traffic light dan bulatan, tetapi mungkin tidak disukai kerana akan menyebabkan jem.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s