Syarahan kedua belas Futuhul Ghaib

Syarahan kedua belas
Futuhul Ghaib
Abdul Qadir Al-Jailani
Diterbitkan oleh Penerbitan Jahabersa
Cetakan Pertama tahun 2006

Apabila Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya memberi kamu harta kekayaan, maka janganlah kamu terpengaruh oleh harta itu sehingga kamu lupa dan tidak taat lagi kepada Allah. Jika kamu lupa dan tidak taat kepada Dia kerana adanya harta itu, maka kamu akan terdinding dari dunia ini dan akhirat kelak.

Maka mungkin harta itu diambilnya kembali dan kamu menjadi miskin papa, lantaran kamu lupa kepada Yang Memberi.

Jika kamu tetap ingat dan taat kepada Allah dan hati kamu tidak sesekali terpengaruh oleh harta itu, maka Allah akan memberimu harta itu dengan percuma dan tidak menguranginya walau sedikit pun. Harta benda adalah hamba kamu dan kamu pula adalah hamba Allah.

Oleh itu, kamu hendaklah hidup di dunia ini di dalam jagaan Tuhan yang Maha Penyayang dan di akhirat kamu akan dipermuliakan dan tempat tinggal adalah di syurga yang kekal abadi bersama orang-orang yang Shodiq, syahid dan Soleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s