Membaiki pendidikan anak kita

Saya sedang tengok tv cerita mengenai kisah kegigihan guru mendidik pelajar sewaktu menulis blog ini. Terlintas di kepala saya memikirkan masa saya sekolah dulu.

Ada di kepala saya ni persoalan bagaimana nak menguatkan sikit pemahaman agama di kalangan generasi muda sekarang. Mana tahu ada orang yang baca blog ni dan kembangkan idea ni.

Semua manusia sepatutnya mempercayai Tuhan yang mencipta, memberi rezeki, mengawal, mendidik, dll. Tuhan disini yang bermaksud Rabb dalam bahasa Arabnya.

Saya rasa tidak salah kalau menerapkan di dalam pendidikan generasi muda untuk semua agama yang Tuhan telah menjadikan dan mengawal segalanya. Misalnya di dalam mata pelajaran Sains, soalan ‘bagaimana ia berlaku’ sepatutnya ‘bagaimanakah Tuhan menjadikan’. Di dalam fizik pula sebenarnya kita belajar Qadar. Tuhan telah menetapkan begini-begini, untuk menjadikan sebab musabab Tuhan menjadikan sesuatu. Contohnya, air mendidih – 100 darjah celsius.

Paling kurang pun kita boleh menerapkan rukun negara yang pertama iaitu “kepercayaan kepada Tuhan”. Saya percaya sedikit sebanyak ia boleh membaiki akhlak dan moral generasi depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s